USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JPPF USM PASTIKAN SIMPANAN AIR UNTUK PELAJAR MENCUKUPI SEPANJANG KRISIS AIR PULAU PINANG

492002906 1175194014405224 2902725312212658491 n

USM PULAU PINANG, 25 April 2025 – Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh jurutera awam dan dibantu oleh semua bahagian teknikal JPPF dengan sokongan dari pelbagai jabatan, selesai melaksanakan persiapan terakhir seperti yang dirancangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Universiti, bagi memastikan risiko kekurangan bekalan air kepada warga USM terutamanya pelajar berada pada tahap yang minimum.

Hasil pemantauan pada 9.30 malam semalam yang dilakukan oleh pihak JPPF USM mendapati, tangki air pada bangunan D07, D08, H28 dan RST berada pada tahap 100%.

492915900 1175193914405234 6137173071017891819 n   492453695 1175193977738561 6366049742251179498 n

Kerja-kerja pemantauan air tangki melibatkan beberapa stesen utama di lima (5) kawasan desasiswa dan satu (1) di Masjid Al-Malik Khalid kampus induk USM sebagai persediaan menghadapi krisis air Pulau Pinang yang bermula dari 25-28 April 2025.

Lima desasiswa yang terkesan adalah Desasiswa Aman Damai (hadapan kafetaria dan rumah kelamin); Desasiswa Cahaya Gemilang; Desasiswa Bakti Fajar Permai; Desasiswa Indah Kembara; dan Desasiswa Restu/Saujana/Tekun.

Kerja-kerja pemantauan seperti menutup valve meter dan membuka laluan air bagi memenuhi tangki yang kekurangan air turut dilakukan oleh pihak JPPF dari semasa ke semasa, dan dimaklumkan ianya berada pada tahap yang terkawal.

493329462 1175193911071901 1649033970612535525 n   493328960 1175194001071892 1177223732577512605 n

Tangki ini hanya sokongan kecil bagi meminimumkan kekurangan bekalan air.

Namun para pelajar perlu mengambil inisiatif tambahan untuk membuat penyimpanan bekalan air untuk kegunaan peribadi.

Para pelajar dinasihati untuk berjimat cermat di sepanjang tempoh gangguan bekalan air berlaku.

Universiti Sains Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan keselesaan pelajar dan warga USM keseluruhannya berada dalam tahap yang terbaik di sepanjang tempoh krisis air Pulau Pinang ini.

Teks: Unit Media dan Dokumentasi BHEPA, USM/Foto: Unit Pengurusan Acara Universiti dan Operasi Khas JPPF, USM

  • Created on .
  • Hits: 57

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024