USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SEMANGAT KEBERSAMAAN WARGA USM BERBILANG BUDAYA SEMARAKKAN AIDILFITRI@USM 2025

USM PULAU PINANG, 24 April 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dengan tema ‘Aidilfitri 2025 Dirai, Silaturrahim Disemai’ di perkarangan bangunan The Bricks, yang menyaksikan kehadiran seramai 3,000 warga USM.

165b8dbe b798 42d7 8ac5 70a5b4898ba2

Semua pusat pengajian dan jabatan di Kampus Induk bersama-sama menghidangkan pelbagai juadah tradisional dan makanan moden yang terkenal di Malaysia diedarkan secara percuma kepada pelajar, staf dan pekerja universiti.

Terdapat lebih 70 gerai menyajikan pelbagai hidangan menarik dari PTJ masing-masing, antaranya kambing golek, nasi Arab, pasembur, sate, shawarma, roti jala, apam balik, kek, kuih-muih tradisional, dan 12 jenis air balang!

0db6d80b 8bb1 4ff3 894e 8d7ae841f712

Turut sama memeriahkan sambutan Majlis AIdilfitri@USM ialah Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin; Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; beserta Ahli Lembaga Gabenor USM, Timbalan-timbalan Naib Canselor, dan barisan pengurusan tinggi Universiti.

6cf18daa ea9a 43b1 9afc a6e5cc3e614a

81d946af e046 4fd7 9674 3cfa3310dff0

Turut diselitkan dalam majlis adalah pemilihan foto gerai paling kreatif yang dimenangi oleh Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF); pakaian tercantik petugas dimenangi oleh Pusat Penyelidikan Biokimia; hidangan makanan paling mengancam dimenangi oleh Pusat Sejahtera (PS); nilai berat sama dipikul ringan sama dijinjing sepanjang majlis sambutan raya berlangsung dimenangi Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT); serta sorakan raya dijuarai oleh Jabatan Pendaftar USM.

b414d6d2 f87d 458a b545 dd4a1b511b86

Tetamu yang hadir dihiburkan dengan persembahan tarian oleh pasukan Dewan Budaya dan pasukan Adikarma USM, diiringi dengan nyanyian lagu-lagu hari raya popular oleh staf jemputan dan pelajar USM.

Pelajar dan staf USM turut berkongsikan perasaan dan pengalaman mereka dalam sambutan Aidilfitri peringkat USM.

8a056cbc 23bb 4adb 956c ae79d9bcdd86

fe1b7d62 eae0 4f4f 9457 e9d8068dec1b

Pelajar antarabangsa dari negara China, Liu Tianxu, berkata inilah kali pertama dia berada di suasana raya dan dapat menikmati hidangan makanan tradisional kaum Melayu terutamanya kambing golek, rendang dan ketupat.

Pasangan pelajar antarabangsa dari Perancis, Asma dan Abdel, dalam lingkungan umur 30-an, berasa sangat gembira kerana dapat merasai kemeriahan sambutan raya bersama seluruh warga USM, walaupun berjauhan dari negara asal mereka.

Bagi pekerja USM, Shanti dan Murugaiah, dalam lingkungan usia 50-an, mereka dijemput hadir di setiap sambutan raya USM dan berterima kasih atas rezeki makanan yang diberikan secara percuma.

a1764e4b 039e 4d56 aa01 cbca167d142e

3e8f9c60 05ed 48b8 a18e 42f0c07cbcd5

Ternyata sambutan Aidilfitri@USM 2025 menjadi platform untuk mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah antara staf, pelajar, pekerja universiti serta para hadirin.

b845ae13 5739 44f9 9fbe 004cf35643ec

Mereka hadir dengan mengenakan pakaian tradisional masyarakat Melayu, dan membawa pinggan dan cawan sendiri sebagai sebahagian daripada usaha warga Universiti menerapkan amalan kelestarian.

Teks: Rebecal Armugam, Pelajar Latihan Industri, Pusat Media & Perhubungan Awam (MPRC), USM/Suntingan: Tan Ewe Hoe/Foto: MPRC USM

  • Created on .
  • Hits: 192

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024