USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USMKK FC JEJAK KAKI KE MPFL DIVISYEN 2 2025

WhatsApp Image 2025 04 23 at 09.52.50 f43b2193

USM, PULAU PINANG, 23 April 2025 – Sejarah bakal tercipta apabila satu-satunya kelab dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) iaitu pasukan Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan Futsal Club (USMKK FC) telah diluluskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk layak bermain di pertandingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 2 musim 2025 yang akan berlangsung pada penghujung bulan Mei ini.

Pertandingan MPFL Divisyen 2 musim 2025 ini akan melibatkan sebanyak 13 pasukan antaranya pasukan-pasukan negeri seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang akan berjuang demi merebut gelaran juara dan seterusnya melayakkan diri ke pertandingan Divisyen 1 musim 2026 nanti.

WhatsApp Image 2025 04 23 at 09.52.50 9cd69b5d

USMKK FC telah mendapat sokongan penuh daripada pengurusan tertinggi USM terutamanya Naib Canselor dan Pengarah Kampus Kesihatan dalam menyediakan sebuah pasukan staf yang mantap untuk berjuang dalam pertandingan ini.

Jutaan terima kasih kepada pengurusan tertinggi universiti khususnya Naib Canselor atas kepercayaan kepada pasukan USMKK FC dalam membawa nama USM ke pertandingan futsal peringkat kebangsaan.

Pasukan USMKK FC, yang sebelum ini pernah menjadi juara dalam Kejohanan Futsal Agensi Kerajaan 2024 serta mendapat tempat ketiga dalam Liga Futsal Kelantan, giat melakukan persediaan pasukan sejak kira-kira dua (2) bulan lalu telah memberi laluan kepada pemain pelbagai kategori termasuk staf, pelajar dan beberapa pemain muda yang dijanjikan bakal menyerlah di MPFL Divisyen 2 musim 2025.

Sudah pasti semua pasukan di Divisyen 2 ini ingin menjadikan matlamat utama mereka untuk menggapai kejuaraan, tetapi bagi USMKK FC buat julung kalinya bermain di pentas yang gah ini pastinya menagih pengalaman yang berharga sepanjang bersaing dengan pasukan-pasukan negeri dan kelab-kelab futsal profesional untuk meningkatkan kualiti pemain ke arah menjadi satu kelab yang profesional dalam sukan futsal.

Selain itu, ia juga menjadi satu bonus jika harapan USMKK FC melangkaui batas yang ditetapkan menjadi kenyataan dengan menjuarai MPFL Divisyen 2 musim 2025.

Doa diiringi dengan harapan semoga pasukan USMKK FC akan berjaya menaikkan dan mengharumkan nama USM di persada kebangsaan.

Sokongan penuh daripada warga USM ditagih untuk sentiasa mendoakan kejayaan pasukan USMKK FC dalam Kejohanan MPFL Divisyen 2 2025 nanti.

WhatsApp Image 2025 04 23 at 09.52.50 bccc0640

Sukan menyatupadukan kita semua. Angan-angan menjadi impian, impian menjadi cita-cita dan cita-cita menjadi satu kenyataan dengan penyertaan USM melalui pasukan staf USMKK FC di pertandingan MPFL Divisyen 2 musim 2025 ini.

Teks: Amyrulhan Azhari & Mohd Azizudin Mohd Shariff/Foto: MPRC Kampus Kesihatan USM

  • Created on .
  • Hits: 97

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024