USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM ANJUR PERTANDINGAN TAMILZHODU VILAYADU 3.0 MARTABATKAN BAHASA TAMIL DI PERINGKAT UNIVERSITI

IMG-20250416-WA00541.jpg

USM PULAU PINANG, 15 April 2025 – Agni Siragugal (AS) Unit Persatuan Kebudayaan India (PKI) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Pertandingan Tamilzhodu Vilayadu 3.0 peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS) yang berlangsung di Dewan Kuliah U (DKU), USM.

Pertandingan tahun ini disertai oleh lapan IPTA dan IPTS antaranya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Asian Institute of Medicine, Science & Technology (AIMST), dan USM sebagai tuan rumah.

IMG-20250416-WA00561.jpg

Pertandingan tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran pembaca berita Astro, Sri Kumaran Munusamy dan juruhebah Minnal FM, Tresa Lazaroo selaku hakim TV 3.0.

Pengarah Projek TV 3.0, Sarania Gunalan berkata, pertandingan ini telah dianjurkan sejak tahun 2023 dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai universiti sebagai platform untuk mengasah bakat dan memartabatkan bahasa Tamil di peringkat pengajian tinggi.

IMG-20250416-WA00551.jpg

Beberapa orang peserta turut berkongsi pengalaman mereka menyertai pertandingan ini.

Seorang peserta dari UTM menyatakan bahawa pertandingan ini membantu memperkukuhkan kedudukan Bahasa Tamil sebagai bahasa warisan masyarakat India. 

Sementara itu, peserta dari AIMST menyatakan bahawa pertandingan ini menghidupkan kembali minat terhadap karya-karya klasik Tamil seperti Thirukkural dan Aathichudi yang hampir dilupakan.

IMG-20250416-WA00531.jpg

“Pertandingan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri, malah turut mendidik kami untuk menghargai dan melestarikan Bahasa Tamil agar tidak dilupakan oleh generasi kini,” ujar seorang peserta dari UMT.

Secara keseluruhan, seramai 300 orang termasuk peserta dan penyokong menghadiri pertandingan ini, yang menyaksikan penyertaan sebanyak 32 pasukan, terdiri daripada dua orang pelajar bagi setiap pasukan.

Teks: Rebecal Armugam, Pelajar Latihan Industri Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC), USM/Suntingan: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Persatuan Kebudayaan India (PKI), USM

  • Created on .
  • Hits: 169

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024