USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KOPERASI WARGA USM KELANTAN BUKA KEDAI FARMASI

majlis persmian farmasi

KUBANG KERIAN, 17 Jun 2015 - Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia (KWUSM) telah membuka satu lagi anak syarikat yang dikenali sebagai Kedai Farmasi Lestari Sdn. Bhd. yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kanan Farmasi Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Haji Zainol Abidin Hamid di sini.

Menurut Zainol Abidin, kedai Farmasi Lestari ini akan turut menguruskan pembelian alatan bantuan perubatan dan ubatan non-standard dengan kos yang sangat berpatutan berbanding farmasi luar bagi pesakit yang kurang berkemampuan.

Menurutnya lagi, koperasi ini juga bertujuan untuk meningkatkan kepentingan ekonomi para anggotanya dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan mereka dan sebagai anak syarikat KWUSM, aspek kebajikan sosial sentiasa dijaga termasuk mengagihkan zakat  kepada pesakit yang memerlukan bantuan termasuk  kepada staf yang memenuhi kriteria asnaf.

majlis persmian farmasi1

“Dalam tahun 2014 sahaja, sebanyak RM24,000.00 telah dibelanjakan bagi tujuan ini yang berjaya menarik minat staf USM di Kampus Kesihatan yang kini 62% dari mereka telah menganggotainya,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi KWUSM, Profesor Madya Dr. Hj. Mohamed Saat Bin Ismail dan Pengerusi Koperasi Farmasi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Abdul Hakim Bin Hj Abdullah. - Teks: Mohd Ridzuwan Ramly

  • Created on .
  • Hits: 1281

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024