USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BUDAYAKAN AKTIVITI MENDERMA DARAH

P2sd

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Jun 2015 - Aktiviti menderma darah perlu menjadi budaya dalam masyarakat terutamanya golongan muda.

Menurut Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman, budaya untuk membantu orang lain yang memerlukan sumbangan darah ini perlu diperluaskan terutamanya dalam kalangan pelajar.

P3k

P5

"Usaha bersungguh-sungguh dan berterusan yang melibatkan seramai mungkin pelajar ini misalnya boleh dibuat di semua kampus termasuk di USM Pulau Pinang untuk menjadikannya sebagai amalan hidup," katanya ketika Program Derma Darah Pra-Ramadhan yang dianjurkan oleh Unit Perubatan Transfusi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bersempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2015 di sini hari ini.

Naib Canselor memuji usaha yang dilakukan oleh HUSM itu yang menyasarkan 400 orang penderma darah untuk memberi bantuan bekalan darah kepada mana-mana pihak luar yang memerlukannya kelak.

P6

"Kita akan bantu pihak luar misalnya hospital lain jika stok bekalan darah mereka berkurangan dan tidak mencukupi dari masa ke semasa,” ujar beliau.

Tambah Omar, sewaktu musibah banjir besar melanda negara pada tahun lepas, pihak HUSM telah turun padang dengan sepenuh jiwa dan raga membantu mangsa banjir dan pesakit di ceruk-ceruk rantau biarpun terpaksa mengharungi cabaran yang hebat.

P7j

P8n

 P10k

Ketua Unit Perubatan Transfusi HUSM, Profesor Madya Dr. Rapiaah Mustafa menyarankan agar semua pihak melihat aktiviti menderma darah ini sebagai sesuatu yang penting dan menerapkannya menjadi satu amalan yang murni dan positif.

“Bekalan darah sentiasa menjadi sumber yang penting dalam banyak keadaan misalnya kemalangan yang mengalami pendarahan yang teruk juga untuk penghidap penyakit Kanser dan penyakit kronik seperti Thalassaemia yang turut memerlukan bekalan darah untuk meneruskan kehidupan mereka,” jelas beliau.

 P9j

Pada majlis yang sama beberapa orang penderma darah tegar telah diberikan penghargaan khas.Antaranya ialah Law Pho Guan, 58, yang berasal dari Telipot Kota Bharu Kelantan telah menderma darah sebanyak 91 kali sejak berusia 25 tahun.

Hadir sama ialah Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr. Mafauzy Mohamed, Pengarah Hospital USM, Dato’ Dr. Zaidun Kamari, pegawai-pegawai utama universiti, warga kampus serta para penderma luar yang lain. - Teks: Mohd Rodin Che Yusoff/Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 800

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024