USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PWUSM DAN MPP USM BERI SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN ASNAF, BANTU TAMPUNG KEKURANGAN KEPERLUAN BULAN RAMADAN

483985929 1139450757979550 5728445895903490403 n

USM PULAU PINANG, 13 Mac 2025 – Persatuan Wanita Universiti Sains Malaysia (PWUSM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM telah mengadakan program kongsi rezeki dengan memberi sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada 150 asnaf berkeperluan.

Berlangsung di Pejabat Zakat, Kecemerlangan Perkhidmatan dan Korporat, Pusat Islam USM, program itu turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar (PPP), Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM, Profesor Dr. Azizah Omar merangkap Presiden PWUSM, serta Naib Yang Dipertua MPP USM, Alka Kaur Sandhu.

Turut hadir bersama adalah barisan EXCO PWUSM dan barisan Majlis Tertinggi MPP USM.

483829877 1139450784646214 754747719140582315 n   483526726 1139450811312878 4527437771358332448 n

Azizah dalam ucapan serba ringkas berasa amat bersyukur kerana pada bulan yang mulia ini, pihak PWUSM dengan kerjasama MPP USM dapat berkongsi rezeki bersama golongan asnaf dari Madrasah Tahfiz Al-Kayyis, Sungai Dua, Butterworth Pulau Pinang yang diwakili oleh Ustaz Zolkornain Tan, dan Kolej Tingkatan Enam Haji Zainal Abidin (KTEHZA), Jelutong, Pulau Pinang yang diwakili oleh Raja Nur Ashraf Raja Ariff selaku Kaunselor.

Azizah berkata, “Diharapkan hasil sumbangan ini dapat membantu pelajar yang tidak berkemampuan untuk bayaran tempahan pengangkutan pulang beraya menyambut Hari Raya Aidilfitri di sini; selain itu mereka juga diberi buah tangan atau Ramadan 'giftpack' dan duit raya.”

483595418 1139450687979557 9042899776894408790 n

Azizah yakin bahawa jalinan ukhwah yang terbentuk dalam program ini dapat diteruskan lagi untuk sebarang program akan datang dan berbesar hati sekiranya dapat bekerjasama lagi di masa hadapan.

Program sumbangan yang dilaksanakan tersebut bertepatan dengan agenda kelestarian universiti menerusi Matlamat Pembangunan Mampan SDG 1: Tiada Kemiskinan yang mempunyai sasaran untuk mengurangkan dan membasmi semua dimensi kemiskinan tegar menurut takrifan kebangsaan.

Semoga dengan inisiatif pemberian sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan asnaf dalam mengurangkan kemiskinan serta memperkasakan lagi SDG 2: Tiada Kelaparan melalui sasarannya dalam membantu menghentikan masalah kelaparan dan memastikan setiap individu, khususnya golongan miskin, mendapat akses kepada makanan yang selamat, berkhasiat dan mencukupi.

Teks: Unit Media dan Penerbitan BHEPA USM/Foto: Unit Media dan Penerbitan BHEPA USM & Majlis Perwakilan Pelajar USM

  • Created on .
  • Hits: 37

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024