USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG SANTUNI WARGA USM DALAM MAJLIS IFTAR PERDANA

USM PULAU PINANG, 12 Mac 2025 – Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak, hadir menyantuni lebih 600 warga Universiti Sains Malaysia (USM) dalam Majlis Iftar Perdana yang diadakan di perkarangan Masjid Al-Malik Khalid, USM.

PHOTO 2025 03 12 23 35 30

PHOTO 2025 03 12 23 35 28

Majlis penuh keberkatan itu turut menyaksikan penyerahan zakat kepada USM oleh beberapa institusi, termasuk Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berjumlah RM1,575,106; Maybank Islamic Berhad sebanyak RM40,000; dan USAINS Holding Sdn. Bhd. sebanyak RM28,000.

PHOTO 2025 03 12 23 42 36

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, dalam ucapannya menyeru warga USM agar menguatkan disiplin diri melalui ibadah puasa serta menjadikan amalan berbagi rezeki sebagai satu cara memperkasa semangat ihsan dalam komuniti.

“Semoga kita memanfaatkan detik-detik Ramadan yang masih berbaki ini dengan penuh ketakwaan dan kesungguhan, agar ia membawa kepada transformasi diri yang lebih baik serta mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah SWT,” ujar beliau.

PHOTO 2025 03 12 23 35 29

PHOTO 2025 03 12 23 35 27

TYT Tun turut disambut oleh kepimpinan tertinggi USM, termasuk Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, sebelum berbuka puasa bersama warga kampus dalam suasana penuh ukhuwah.

Dengan keberangkatan TYT Tun ke majlis ini, USM terus memperkukuh peranannya sebagai institusi berteraskan kelestarian yang bukan sahaja memacu kecemerlangan akademik, tetapi juga mendukung nilai ihsan dan kebersamaan dalam komuniti.

Teks: Shafinaz Md Ismail/Foto: Mohd Fairus Md Isa & Muhamad Faris Darwisy Mohammad Rafiq

  • Created on .
  • Hits: 75

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024