USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUASANA RAMADAN 2025 DI KAMPUS PESISIR USM-KLE: SOLAT TERAWIH PERTAMA DAN AKTIVITI IBADAH

KLE Ramadan1

BELGAUM, KARNATAKA, INDIA, 2 Mac 2025 – Solat Terawih USM-KLE telah berjaya dilaksanakan pada 1 Ramadan 1446H (2 Mac 2025) di Surau Az-Zumar bagi pihak perempuan dan Boys Common Room bagi pihak lelaki yang dianjurkan oleh Biro Dakwah dan Rohani, MedSoc 24/25 dan komuniti pelajar Muslim USM-KLE.

Matlamat utama Solat Terawih ini adalah untuk menyemarakkan dan meraikan semangat Ramadan dalam kalangan warga kampus serta memperkukuhkan ukhuwah melalui ibadah solat berjemaah.

May be an image of 13 people and text

Solat Terawih ini telah berlangsung dengan kehadiran lebih 270 jemaah, terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

Majlis ini turut diserikan dengan bacaan tazkirah pendek selepas solat Terawih yang menyentuh tentang keutamaan Ramadan dan kelebihan beribadah pada bulan penuh keberkatan ini yang telah disampaikan oleh Timbalan Dekan USM-KLE, Prof. Madya Dr. Nik Ahmad Zuky Nik Lah.

May be an image of 1 person, headscarf, dais and text that says "BAHAGIAN HAL EHWAL PEMBANGUNAN INAN ELAJAR EMBANGUNANPELAJARB.ALUAN(BHEALS & & ALUMNI (BHEPAUSM: Sidang Akademik SidangAkademik2024/2025 2024/2025"

Para mahasiswa USM-KLE juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato' Seri Naib Canselor USM atas kelulusan peruntukan Majlis Perwakilian Pelajar (MPP) USM untuk penambahbaikan karpet bagi Surau Az-Zumar.

Dengan adanya kemudahan ini, para jemaah perempuan dapat menunaikan solat dalam keadaan yang lebih selesa dan khusyuk.

Dengan kemudahan yang baru ini juga, semua pelajar bersemangat untuk menempuhi sebulan kemuliaan beribadah di Ramadan yang barokah.

Diharapkan Solat Terawih ini menjadi pemangkin kepada titik penghijrahan dan penghayatan ibadah buat mahasiswa di kampus USM-KLE. Insya-Allah.

Teks & Foto: Majlis Perwakilan Pelajar USM-KLE

  • Created on .
  • Hits: 124

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024