USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPPJJ USM PERKUKUH PERANAN APEL, BUKA PELUANG PENDIDIKAN TINGGI KEPADA GOLONGAN PROFESIONAL

WhatsApp Image 2025 02 27 at 18.00.36

USM PULAU PINANG, 1 Mac 2025 – Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha, bersama Pengarah Pusat Usahasama Kecemerlangan Rekabentuk Mikroelektronik (CEDEC) USM, Profesor Madya Dr. Asrulnizam Abd Manaf baru-baru ini telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Penilaian APEL Universiti Sains Malaysia (PPA USM) di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Kampus Induk USM.

Lawatan tersebut disambut baik oleh pihak Pengurusan PPPJJ dan penyelaras PPA USM, yang turut berkongsi maklumat berkenaan pelaksanaan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) di USM.

APEL merupakan satu inisiatif yang memberi peluang kepada individu berpengalaman kerja tetapi mempunyai kelayakan akademik yang terhad, atau tiada kelayakan formal, untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.

WhatsApp Image 2025 02 27 at 18.10.10

Sebagai salah satu Pusat Penilaian APEL yang diiktiraf, USM memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses pendidikan tinggi kepada golongan profesional yang ingin meningkatkan kemahiran dan memperoleh sijil akademik yang diiktiraf.

Menurut Mariatti, Kampus Kejuruteraan kini dalam usaha menarik minat calon yang memiliki pengalaman luas dalam bidang semikonduktor untuk melanjutkan pengajian melalui APEL, sekali gus melahirkan graduan berkualiti yang memenuhi keperluan industri.

WhatsApp Image 2025 02 27 at 18.10.10 1

“Inisiatif ini juga menyokong unjuran Strategik Semikonduktor Kebangsaan, yang mensasarkan untuk melahirkan 60,000 jurutera semikonduktor dalam tempoh lima tahun akan datang,” ujarnya.

“Melalui usaha ini, USM akan terus memperkukuh peranannya dalam menyediakan laluan fleksibel kepada tenaga kerja industri untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan sektor teknologi dan kejuruteraan negara,” tambahnya.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM

  • Created on .
  • Hits: 113

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024