USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BORIA JADI MEDIUM SAMPAI MESEJ KESIHATAN

5dtth

Pulau Pinang, 11 Jun 2015 - Seni tradisional warisan negeri Pulau Pinang, boria diangkat martabatnya sebagai medium untuk menyampaikan mesej kesihatan melalui projek khas Universiti Sains Malaysia (USM) dengan beberapa pihak lain sebagai satu usaha komersil pelancongan. 

3e

Menurut Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Jaringan, Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, Profesor Dr. Mohamed Azmi Ahmad Hassali, usaha ini adalah kesinambungan daripada projek “Ke Arah Platform Dasar Kebangsaan / Serantau untuk Menguruskan Kerintangan Antibiotik - Penglibatan Organisasi Sivil bagi Mobilisasi Sosial, Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi” yang dijalankan oleh USM dengan kerjasama Action on Antibiotic Resistance (ReAct), Swedish International Development Cooperation Agency (SIDA) Sweden dan Yayasan Bina Ilmu (YBI) Pulau Pinang sejak pertengahan tahun 2012 yang mengorak langkah menjalin kerjasama dengan  Boria Wawasan pimpinan Jibran Khalil dengan sokongan penuh daripada Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) P. Pinang  melalui program Jom Santai Boria 2015. 

“Program yang dinamakan Jom Santai Boria 2015 adalah inisiatif daripada JKKN untuk mempromosi kesenian boria kepada pelancong tempatan dan luar negara untuk memartabatkannya sebagai warisan dunia di bawah United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) di samping menyediakan platfrom bagi kumpulan-kumpulan boria tempatan untuk menjana pendapatan melalui penjualan tiket,” kata Mohamed Azmi.

1jkb

Program Jom Santai Boria turut dijayakan oleh kumpulan-kumpulan boria tempatan yang lain seperti Boria Omara, Boria Kepala Batas, Boria Kombinasi Kampung Melayu, Boria Bukit Gedung, Boria Gema Permata dan Boria Angkatan Budaya Sari dengan tema masing-masing yang unik serta tersendiri dan dijalankan sepenuhnya di Rumah P. Ramlee, JKKN P. Pinang setiap sabtu ke-4 bermula Februari 2015 yang mengenakan bayaran sebanyak RM 10 dan RM 50 kepada penonton dari luar negara. 

“Jalinan kerjasama USM melalui Pusat Pengajian Sains Farmasi dengan kumpulan Boria Warisan menjadi satu usaha untuk mempelbagaikan lagi medium penyampaian maklumat kesihatan kepada orang awam dengan  Boria Wawasan akan bertindak sebagai duta dalam menyebarkan maklumat berkaitan kesihatan (diabetes, antibiotik dan kerintangan antibiotik) melalui persembahan mereka. Usaha ini diharap dapat membuahkan hasil seperti yang diharapkan dalam meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu ini bagi menjamin kelangsungan hidup dan kesihatan masyarakatpada masa akan datang,” kata Mohamed Azmi. 

4dfg

2nkl

Persembahan Boria Wawasan dijadualkan pada 28 November 2015 akan merangkumi dua elemen utama boria iaitu sketsa dan nyanyian selama satu jam. 

USM juga akan menyediakan booth kesihatan untuk pengunjung mendapatkan  pemeriksaan dan menerima kaunseling kesihatan secara percuma oleh pengamal perubatan yang bertauliah.     

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Profesor Dr. Mohamed Azmi Ahmad Hassali di talian 012-442 1605/04-653 4085  atau E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Created on .
  • Hits: 1534

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024