USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RAIH ANUGERAH KHAS IPT DI MAJLIS APRESIASI ANUGERAH TENAGA KEBANGSAAN 2024

WhatsApp_Image_2025-02-28_at_17.18.43_9aa3d800.jpg

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam amalan kelestarian tenaga apabila menerima Anugerah Khas Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Majlis Apresiasi Anugerah Tenaga Kebangsaan 2024 (NEA 2024).

Pengiktirafan yang berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini diberikan atas usaha cemerlang USM dalam mempromosikan kelestarian tenaga melalui projek 'Advancing Sustainability with Solar@USM'.

Projek ini merupakan hasil kerjasama antara Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti (JPPF), Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM), dan Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) di USM.

Inisiatif ini menekankan penggunaan tenaga solar di kampus, sejajar dengan komitmen universiti dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

WhatsApp_Image_2025-02-28_at_17.18.42_b75c7219.jpg

Majlis tersebut turut mengiktiraf 38 organisasi sektor awam dan swasta yang melaksanakan inisiatif peralihan tenaga negara dengan cemerlang dalam pelbagai kategori seperti Pengurusan Tenaga, Bangunan Cekap Tenaga, Tenaga Boleh Diperbaharui, dan Anugerah Khas, serta 13 organisasi yang mewakili Malaysia dan berjaya dalam ASEAN Energy Awards (AEA) 2024.

Kejayaan USM ini bukan sahaja mengukuhkan peranannya sebagai peneraju dalam pembangunan tenaga lestari di Malaysia, tetapi juga memberi inspirasi kepada institusi lain untuk mengutamakan inisiatif kelestarian dalam operasi mereka.

Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Sebagai kementerian peneraju dalam pembekalan elektrik negara, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bertekad untuk menggerakkan transformasi sistem bekalan elektrik negara supaya Malaysia kekal menarik dan berdaya saing sebagai destinasi pelaburan bernilai tinggi di rantau ASEAN.

WhatsApp_Image_2025-02-28_at_17.18.44_899ee8d9.jpg

“Kerajaan melalui National Energy Transition Roadmap (NETR) menetapkan aspirasi peralihan tenaga negara dengan sasaran meningkatkan campuran kapasiti TBB dalam sistem pembekalan elektrik kepada 70% menjelang 2050, berbanding 28% pada masa ini”

Turut hadir ialah Pengarah CGSS, Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei; Mantan Pengarah JPPF, Ts. Arman Abdul Razak; Ketua Pegawai Operasi, Ditrolic Energy Solutions Sdn. Bhd., Phoon Hee Yau; dan pasukan USM yang diwakili oleh:

1. Mohd Salmi Ismail (ketua) – Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF);
2. Suhaimi Abu Bakar - Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF);
3. Mohd Sukri Shafie – Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS);
4. Liyana Adhwa Khalid – Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM);
5. Sharifah Nurlaili Farhana Syed Azhar – Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS).

Untuk maklumat lanjut mengenai pemenang Anugerah Tenaga Kebangsaan 2024, sila layari laman web rasmi di https://www.nationalenergyawards.com.my/the-award/nea-2024-winners.

Teks: Liyana Adhwa' Binti Khalid, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), USM/Suntingan: Mazlan Hanafi Basharudin/Foto: Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), USM

 

  • Created on .
  • Hits: 307

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024