USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA KUNJUNGAN MENTERI PENDIDIKAN, FOKUS PERBINCANGAN PELUASAN KTE

DSC 0028 1

NIBONG TEBAL, 8 Februari 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan disambut oleh Naib Canselornya, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Kunjungan selama satu jam ini adalah bersempena dengan Sesi Perbincangan YB Menteri Pendidikan Bersama Naib Canselor yang membincangkan pemilihan USM sebagai salah satu lokasi peluasan program Tingkatan 6 di Universiti Awam (UA).

DSC 9979

Inti pati perbincangan adalah mengenai kepentingan peluasan program Tingkatan 6 di universiti sebagai langkah memperkukuhkan laluan pendidikan pelajar prauniversiti, yang merupakan kerjasama silang antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Cadangan peluasan KTE (Prauniversiti) Kampus Universiti ini telah diumumkan Fadhlina dalam Majlis Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Kebangsaan STPM dan MUET Tahun 2023 pada 23 Julai 2024 yang lalu.

DSC 9881

DSC 9909

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, Zainal Abas; Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha; Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan, Mohd Rizal Ismail; dan Dekan-dekan Pusat Pengajian Kampus Kejuruteraan USM.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 108

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024