USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGGUNAAN KAMERA BADAN TINGKATKAN PENGAWASAN SEMASA PELAJAR USM DUDUKI PEPERIKSAAN

475960715 1111567017434591 5146031587214683277 n

USM PULAU PINANG, 3 Februari 2025 – Sebanyak sepuluh lokasi melibatkan penggunaan beberapa Dewan Kuliah dan Dewan Utama Pelajar, Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjadi dewan peperiksaan kepada pelajar USM pada hari pertama peperiksaan akhir bagi melunaskan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Hari pertama peperiksaan bagi Semester 1 Sidang Akademik 2024/2025 melibatkan seramai 5,496 pelajar (sesi pagi dan petang) merangkumi pengajian Sarjana (mod Campuran), Ijazah Pertama, secara dalam talian dan dua pelajar kuarantin (faktor kesihatan).

476286102 1111567254101234 2167994475804945542 n   475845101 1111568134101146 8722748098448289289 n

Menurut Penolong Pendaftar Kanan, Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Jabatan Pendaftar USM, Ahmad Imran Kamis, ketika ditemui berkata, bagi sidang akademik ini, kami membuat pembaharuan dengan menguji penggunaan kamera badan susulan daripada dapatan siasatan kes-kes peniruan pelajar semasa menduduki peperiksaan.

“Pihak universiti berpendapat, mengambil kira faktor yang sedia ada, penggunaan kamera badan dibuat bertujuan sebagai penambahbaikan semasa petugas pengawasan memantau pelajar menduduki peperiksaan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dalam membuat keputusan adil, jika ada kes yang melibatkan peniruan, Unit Peperiksaan dan Pengijazahan mempunyai alasan kukuh dalam bentuk video untuk dijadikan bukti di peringkat jawatankuasa tatatertib akademik.

476120339 1111566960767930 6092258669087349453 n   475841089 1111567124101247 7659738298353649818 n

Para pelajar diingatkan agar tidak melakukan kesalahan tatatertib semasa menduduki peperiksaan.

Katanya lagi, “Tujuan utama kita melangkah ke universiti adalah untuk memperoleh ilmu dan mengukur kemampuan diri sendiri. Meniru hanya akan menipu diri sendiri dan menghilangkan makna dari proses pembelajaran yang telah dilalui.”

Semoga segala urusan semua pelajar USM dipermudahkan dalam menghadapi peperiksaan akhir Semester 1 Sidang Akademik 2024/2025 yang berlangsung bermula 3 Februari 2025 sehingga 21 Februari 2025 di semua kampus USM.

Teks & Foto: Unit Media dan Penerbitan BHEPA, USM

  • Created on .
  • Hits: 182

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024