USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MAJLIS PELANTIKAN TIMBALAN DEKAN DAN TIMBALAN PENGARAH BAGI PUSAT PENGAJIAN/PUSAT TANGGUNGJAWAB SESI 2025/2027

WhatsApp Image 2025 01 08 at 2.35.55 PM

USM PULAU PINANG, 8 Januari 2025 – Hari ini di Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia (USM) telah berlangsung Majlis Pelantikan Timbalan Dekan dan Timbalan Pengarah bagi Pusat Pengajian/Pusat Tanggungjawab bagi sesi 2025/2027.

Majlis ini berperanan sebagai makluman rasmi bagi pelantikan kesemua individu terbabit bagi melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan, sama ada di Pusat Pengajian mahupun di Pusat Tanggungjawab masing-masing untuk sesi 2025/2027.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Ketua Kluster Kepimpinan USM, Profesor Dato’ Dr. Aldrin Abdullah.

WhatsApp Image 2025 01 08 at 2.35.28 PM

Ini diikuti oleh ucapan amanat dari Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

WhatsApp Image 2025 01 08 at 2.35.57 PM

Timbalan-timbalan Dekan yang menerima pelantikan terdiri daripada mereka dari Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan; Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan; Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan; Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa; Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam;  Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral; Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik; Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia; Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik; Pusat Pengajian Komunikasi; Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh; Pusat Pengajian Pengurusan; Pusat Pengajian Seni; Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan; Pusat Pengajian Sains Farmasi; Pusat Pengajian Sains Kajihayat; Pusat Pengajian Sains Kesihatan; Pusat Pengajian Sains Komputer; Pusat Pengajian Sains Pergigian; Pusat Pengajian Sains Fizik; Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan; Pusat Pengajian Sains Kimia; Pusat Pengajian Sains Matematik; dan Pusat Pengajian Sains Perubatan.

Turut disertakan ialah penyerahan watikah pelantikan kepada beberapa Pengarah yang baru dilantik bagi menerajui Pusat Tanggungjawab seperti Commonwealth Tertiary Education Facility (CTEF); Pusat Pengurusan Projek (PMO); Pejabat Zakat, Waqaf dan Infaq (ZAWAIN), Penerbit USM; Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT); Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC); dan Jabatan Keselamatan.

WhatsApp Image 2025 01 08 at 2.35.30 PM 1   WhatsApp Image 2025 01 08 at 2.35.30 PM 2
     
WhatsApp Image 2025 01 08 at 2.35.31 PM 1   WhatsApp Image 2025 01 08 at 2.35.31 PM

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima pelantikan bagi tahun 2025/2027, dan diharap semua akan terus memberi perkhidmatan yang cemerlang bagi memastikan visi dan misi Pusat Pengajian/Pusat Tanggungjawab serta Universiti dapat direalisasikan dengan sebaiknya.

Teks: Mazlan Hanafi Basharudin/Foto: Shahnizam Ab Rahim  

  • Created on .
  • Hits: 178

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024