USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TYT MELAKA SAMBUT DELEGASI USM: FOKUS MAJLIS MALAM GEMILANG ALUMNI DAN INDUSTRI USM 2024

AYER KEROH, MELAKA, 10 Disember 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, pada pagi ini.

Delegasi USM yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, hadir untuk memperkukuh hubungan strategik dengan pihak TYT.

469877393 1052886073544808 4730134096859604569 n

Hadir bersama, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Ahli Lembaga Gabenor USM, Mohd Ali Mohd Salleh; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; dan Presiden Persatuan Alumni USM, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.

Kunjungan tersebut juga menjadi platform persediaan menjelang Majlis Malam Gemilang Alumni dan Industri USM 2024 yang akan diadakan pada 14 Disember di World Trade Centre, Kuala Lumpur.

470059962 1052886176878131 6855093500760488981 n

Majlis tersebut dijangka akan dihadiri seramai 400 jemputan yang terdiri daripada alumni USM dan pemain industri, dengan matlamat menghargai sumbangan mereka kepada universiti.

Selain meraikan alumni, majlis berkenaan juga menjadi platform penting untuk mengumpul dana bagi Tabung Endowmen Alumni USM.

469861458 1052885906878158 7773534439695149753 n

Anugerah yang bakal diberikan termasuk Anugerah Alumni Perdana dan Anugerah Alumni Muda Harapan, yang mengiktiraf sumbangan besar individu dalam industri, masyarakat, dan USM.

USM berharap majlis tersebut akan memupuk kerjasama erat antara alumni dan alma mater serta meningkatkan keterlihatan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.

Teks: Shafinaz Md Ismail/Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 184

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024