USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DIIKTIRAF INDUSTRI SEBAGAI PILIHAN GRADUAN DALAM MAJLIS ANUGERAH GRADUATES’ CHOICE AWARD

USM PULAU PINANG, 1 Disember 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengukuhkan reputasinya apabila diiktiraf sebagai antara universiti awam terbaik dalam kategori kebolehpasaran graduan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, sebagai mewakili Naib Canselor USM, menerima anugerah pada Malam Gemilang Majlis Graduates’ Choice Award (GCA) yang dikendalikan oleh Talentbank yang berlangsung di Bandar Sunway, Selangor pada 27 November 2024 baru-baru ini.

Majlis tahunan Talentbank itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato' Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Sufian. Turut hadir adalah Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, KPT, Fazidah Mustafa.

Program GCA, Talentbank itu merupakan program tahunan pembentangan hasil kajian penarafan dan pengiktirafan majikan terhadap graduan-graduan Universiti di Malaysia.

Bidang-bidang yang diambil kira dalam penarafan tersebut merangkumi pelbagai industri seperti perakaunan, perkhidmatan profesional, automotif, e-dagang, perbankan, kesihatan, farmaseutikal dan telekomunikasi keperluan sektor pekerjaan yang dinamik.

Seramai 474,280 graduan dari universiti tempatan seluruh negara menyertai tinjauan bagi memilih industri kegemaran mereka.

Pemilihan ini menunjukkan hubungan erat antara institusi pengajian tinggi dan industri untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan dan merealisasikan peranan penting universiti dalam menyediakan graduan yang berkualiti.

USM turut berbangga apabila dinobatkan sebagai “Top #4 Graduates’ Choice Award” dalam kategori Universiti Awam, menandakan pengiktirafan graduan terhadap kebolehpasaran dan kualiti program yang ditawarkan.

Pencapaian ini memperkukuhkan matlamat USM sebagai universiti terkemuka yang berorientasikan industri, sejajar dengan visi untuk melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran global.

Teks: Sollehin Ab Rahim, Sektor Kerjaya & Kebolehpasaran Graduan BHEPA USM/Foto: Urusetia GCA

  • Created on .
  • Hits: 172

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024