USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SAMBUT BAIK AGENDA PEMERKASAAN MAHASISWA, HADIR KE MAJLIS SIMBOLIK PEMBUKAAN AKAUN BANK MPP

468003826 1060992119158748 4829394681860971823 n

KUALA LUMPUR, 21 November 2024 – Majlis Simbolik Pembukaan Akaun Bank Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta penyerahan cek cura telah berlangsung kelmarin yang dihadiri YDP Majlis Perwakilan Pelajar USM, Muhamad Arif Esa dan barisan Majlis Tertinggi MPP USM Sidang Akademik 2024/2025.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, yang turut menyaksikan kehadiran wakil MPP/KM dari 20 Universiti Awam.

467686391 1060992035825423 2727720619940671937 n   467722292 1060992079158752 3191910510266299245 n

Selari dengan agenda pemerkasaan mahasiswa, inisiatif ini selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2024 yang telah dikuatkuasakan pada 1 Oktober lalu, khususnya melalui Seksyen 48(11) Jadual Pertama, yang membolehkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menyelenggara dan menguruskan kumpulan wang atau akaun mereka sendiri.

Pihak USM turut menyambut baik dan menyokong agenda pemerkasaan mahasiswa yang ingin dibawa ini dalam pendekatan pengurusan kewangan oleh badan tertinggi pelajar ini.

Pihak kementerian juga berharap inisiatif ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak langkah strategik untuk memastikan mahasiswa bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar.

467856533 1060992169158743 1856299620180169951 n   467763125 1060992149158745 9004832202353543647 n

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud; Ketua Setiausaha KPT, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman; Ketua Pegawai Eksekutif YPS, Hirman Awang; dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Dato' Adissadikin Ali.

Tidak ketinggalan juga, Barisan Kepimpinan Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) turut dijemput untuk hadir ke majlis yang bersejarah ini.

Teks: BHEPA USM

  • Created on .
  • Hits: 104

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024