USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SESI BHEPA BERSAMA PERTUBUHAN PELAJAR SALUR INFORMASI JELAS AGENDA PEMERKASAAN MAHASISWA

465708383 1050581470199813 7332124774815631199 n

USM PULAU PINANG, 5 November 2024 – Pusat Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Sektor Kepimpinan dan Latihan berjaya melaksanakan perjumpaan bersama kepimpinan baharu Yang Dipertua dan Majlis Tertinggi Pertubuhan-Pertubuhan Pelajar USM bagi Sidang Akademik 2024/2025 kelmarin.

Dihadiri hampir 500 orang pelajar di Dewan Kuliah D meliputi 6 kategori utama pertubuhan iaitu Badan Beruniform, Kelab, Persatuan, Sekretariat, Anak Negeri dan Majlis Penghuni Desasiswa, program bermula dengan amanat dan ucapan alu-aluan berkaitan pembangunan pelajar oleh Timbalan Naib Canselor HEPA, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin.

465732431 1050581406866486 7926377003275362842 n

Program diteruskan dengan Pengarah PPP, Profesor Dr. Azizah Omar mengupas secara umum mengenai penambahbaikan, hala tuju dan pemerkasaan agenda pembangunan bakat pelajar merangkumi HEBAT, SDG, S4S dan MyCSD.

465922743 1050581420199818 5677863269498186474 n

Sementara itu, Timbalan Pendaftar Kanan BHEPA, Roslan Ismail yang turut hadir, menyampaikan pembentangan berkaitan agenda pemerkasaan mahasiswa dalam konteks autonomi kewangan yang menerangkan mengenai pengurusan dana dalaman dan dana luar yang akan diuruskan oleh pelajar.

465730466 1050581390199821 4701739293532170566 n

Program diakhiri dengan sesi soal jawab melibatkan 3 ahli panel yang mengumpulkan pertanyaan-pertanyaan daripada pelajar mengenai hala tuju berpersatuan di USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah, Pusat Pembangunan Pelajar, BHEPA/Foto: NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Penerbitan BHEPA

  • Created on .
  • Hits: 108

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024