FOI 2024: PELAJAR USM TERUJA LUANG MASA BERSAMA PENGERUSI LGU USM
USM PULAU PINANG, 2 Disember 2024 – Festival Idea Putrajaya (FOI) 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah pun berlalu dengan pelbagai kisah kejayaan.
Tidak ketinggalan, Universiti Sains Malaysia (USM) turut melakar momen-momen berharga apabila turut serta melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang berimpak tinggi.
Hari terakhir FOI turut memberikan kenangan manis kepada para pelajar dan juga warga staf USM yang masih bertugas apabila Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin hadir sama bagi menzahirkan sokongan dan keprihatinan beliau kepada usaha KPT dan USM melalui FOI itu.
Beliau turut meluangkan masa beramah-mesra dengan semua warga USM yang terlibat, selain turut mengunjungi reruai pameran USM yang merangkumi produk inovasi, teknologi terkini, penjagaan kesihatan dan bas khas yang dibawakan dari Hospital Pakar USM, Kubang Kerian, Kelantan.
Beliau terlebih dahulu hadir mengikuti sesi penutup FOI yang berlangsung pada 29 November yang lalu, yang mana ianya telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Mohd Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 132