USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HASRAT IBU LIHAT ANAK-ANAK MASUK UNIVERSITI TERCAPAI, ADIK-BERADIK TERIMA IJAZAH HARI YANG SAMA

USM PULAU PINANG, 23 November 2024 – Sidang Kelapan Upacara Konvokesyen ke-62 Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menyaksikan dua adik-beradik menerima sijil pengijazahan mereka bersama-sama.

Erni Idayu Idris, 37, merupakan penerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) dengan pengkhususan dalam Organisasi manakala adiknya, Erni Suhaila Idris, 35, pula menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) dengan pengkhususan dalam Pemasaran.

2V4A4315 2

Adik-beradik yang berasal daripada Jelutong, Pulau Pinang itu berkongsi pengalaman mereka belajar bersama-sama dalam sesi temu bual selepas upacara konvokesyen mereka.

Oleh kerana teras pengajian mereka sama, adik-beradik ini bukan sahaja dapat menelaah bersama-sama bahkan juga dapat melakukan tugasan berkumpulan dengan mudah.

Walaupun perbezaan umur dan tahun permulaan pengajian mereka (Erni Idayu bermula pada tahun 2014 dan Erni Suhaila pada 2016), mereka berjaya melangkah ke pentas konvokesyen bersama, mencerminkan keazaman dan sokongan keluarga.

2V4A4322 2

Kisah mereka pastinya menjadi kebanggaan keluarga, terutama ibu mereka yang melihat impian menyaksikan anak-anak melanjutkan pelajaran di universiti tercapai.

Upacara Konvokesyen ke-62 USM sedang berlangsung dari 19 hingga 26 November 2024 di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), Kampus Induk.

Teks: Norliza Farhah Abdul Radzak/Foto: MPRC USM 

  • Created on .
  • Hits: 307

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024