USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SSI JOYOUS LIGHTS: PELAJAR USM CERIAKAN ANAK-ANAK YATIM, PERKASAKAN SDG 3

465670943 1049261593665134 6385590028712356465 n

USM PULAU PINANG, 4 November 2024 – Sekretariat Sukarelawan India (SSI) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Program Joyous Lights: Deepavali & Christmas di Rumah Kebajikan Seri Cahaya dan Pusat Jagaan Crystal Family Home pada 27 Oktober 2024 baru-baru ini.

Rumah Kebajikan Seri Cahaya di Batu Maung, Pulau Pinang menempatkan seramai 25 kanak-kanak di bawah kelolaan V. Girithren, seorang bekas jurutera yang menyambung legasi ibunya mendiang Puan Kaliamah untuk membantu golongan yang memerlukan terutama sekali anak-anak yatim dan kanak-kanak yang terbiar.

Di bawah jagaan Teressa, Crystal Family Home (CFH) yang menempatkan seramai 25 kanak-kanak itu merupakan organisasi kebajikan sukarelawan di Air Itam, Pulau Pinang yang ditubuhkan pada 2009 bagi membantu kanak-kanak terutamanya yang menjadi mangsa dera, kurang berkemampuan dan yatim piatu.

465668799 1049262570331703 8072573371426640908 n

Bagi meneruskan usaha membina komuniti prihatin dan menyebarkan nilai kemanusiaan dalam kalangan pelajar dan masyarakat, program tersebut melibatkan 43 pelajar di bawah SSI USM bersama Penasihat SSI, Prabu Mogan dan Joshua Iban selaku Pengarah Projek SSI USM.

Prabu berkata, program ini bertujuan untuk berkongsi kegembiraan dan pengalaman menyambut perayaan Deepavali dan Krismas bersama-sama anak-anak yatim di sini dan secara tidak langsung menguatkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa USM serta memperkukuhkan hubungan kasih sayang dalam komuniti.

“Program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan iaitu SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik yang berasaskan kepada interaksi sosial serta memberi kesan positif kepada kesejahteraan mental dan emosi kanak-kanak dalam memupuk rasa dihargai bagi membentuk perkembangan psikologi mereka,” ujarnya.  

465693466 1049261616998465 5449131492331100487 n

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bersama antara pelajar dan kanak-kanak di pusat jagaan tersebut.

Selain itu, para sukarelawan juga telah menganjurkan aktiviti makan bersama untuk memberi pengalaman kepada anak-anak yatim dalam merasai suasana menyambut perayaan bersama keluarga.

Pada akhir aktiviti, ahli sekretariat memberikan kad ucapan khas yang dibuat oleh pelajar USM sebagai tanda kenang-kenangan dalam usaha menyemarakkan lagi sambutan perayaan serta menjadikan pengalaman bermakna untuk mahasiswa yang terlibat agar lebih peka dan prihatin kepada golongan yang memerlukan.

465659645 1049262810331679 4759285161706368275 n

Teks: Lingges Muniandy, Pengerusi SSI USM/Suntingan: Siti Ruhaida Mohamed Radhi, Unit Media dan Penerbitan BHEPA/Foto: SSI USM

  • Created on .
  • Hits: 52

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024