USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

INNOZILLA 2024: PLATFORM PENGKOMERSIALAN INOVASI LESTARI GENERASI MUDA

GEORGETOWN, PULAU PINANG, 7 November 2024 – Program INNOZILLA 2024 melabuhkan tirainya dengan penuh prestij di St. Giles Wembley Hotel, malam tadi, diiringi penyampaian anugerah kepada para peserta terbaik yang mempamerkan inovasi kreatif sepanjang program ini.

WhatsApp Image 2024 11 08 at 10.11.00

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, dalam ucapan perasmiannya, berkata, “Kecemerlangan dalam inovasi adalah kunci kejayaan masa depan negara, dan inisiatif seperti INNOZILLA wajar terus diperkasakan.” 

Menurut beliau, kejayaan program ini mencerminkan semangat inovasi yang tinggi dalam kalangan generasi muda.

WhatsApp Image 2024 11 08 at 10.11.12

Tambah beliau, “USM beriltizam untuk menyediakan platform bagi bakat-bakat muda mengasah keupayaan inovasi mereka dengan sokongan penuh daripada semua pihak yang terlibat dalam jaringan antara akademia, industri, kerajaan, dan komuniti bagi membentuk inovator masa depan.”

Beliau berkata, “Keberhasilan INNOZILLA adalah hasil gabungan kreativiti dan teknologi secara praktikal dalam menghasilkan produk berpotensi komersial.”

WhatsApp Image 2024 11 08 at 10.11.13

Program ini berjaya menarik kehadiran 3,000 pengunjung dengan penyertaan 13 universiti, 25 sekolah, serta disokong oleh 25 syarikat dan agensi, sekali gus mengumpulkan 190 teknologi pada pelbagai peringkat kesediaan.

Pengarah Projek INNOZILLA 2024, yang juga merupakan Pengarah Pusat Inovasi dan Perundingan (CIC) USM, Profesor Ir. Dr. Srimala Sreekantan, menegaskan, “INNOZILLA berfungsi sebagai platform yang menjembatani jurang antara akademia, industri, dan komuniti, dan kerjasama antara pelbagai sektor amat penting bagi menyokong pembangunan lestari selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dalam menghadapi cabaran sosial, ekonomi, dan alam sekitar pada masa kini.”

WhatsApp Image 2024 11 08 at 10.11.05 1

WhatsApp Image 2024 11 08 at 10.11.20

Selain pertandingan inovasi, INNOZILLA turut menampilkan pelbagai aktiviti sokongan seperti ucaptama, forum perbincangan, sesi konsultasi bersama pemegang taruh ekosistem pengkomersialan Malaysia, pameran kerjaya, dan pameran teknologi.

Setiap aktiviti ini direka untuk membawa hasil inovasi ke arah pengkomersialan, yang akhirnya memberikan manfaat kepada masyarakat.

Senarai pemenang USM adalah seperti berikut:

  • Best Organization Award (Vanguard) - USM
  • Best Invention Award - Rusidah Mat Yatim (USM)
  • Health & Well Being - Mohd Nazri Ismail (Analytical Biochemistry Research Centre)
  • Responsible Industry & Partnership - Mohamad Shaiful Md Yusuff (USAINS Holding Sdn. Bhd)

WhatsApp Image 2024 11 08 at 11.11.21

WhatsApp Image 2024 11 08 at 11.11.20 1

WhatsApp Image 2024 11 08 at 11.11.20

Antara yang turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dr. Habibah A Wahab; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengerusi PERDA, Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin; dan pegawai-pegawai utama universiti.

Teks: Shafinaz Md Ismail/Foto: Shamil Shazwan Abu Bakar

  • Created on .
  • Hits: 144

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024