USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ACADEMIA FIESTA@USM 2024: SEMARAKKAN INOVASI DAN RAIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

USM PULAU PINANG, 29 Oktober 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) menyambut meriah Academia Fiesta@USM 2024 bertemakan “Building Networks of EduChamps”, yang dianjurkan bersempena Bulan Akademia Kebangsaan, sebagai inisiatif memperkukuhkan inovasi akademik dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) khususnya dalam era digital dan globalisasi ini.

PHOTO 2024 10 28 23 35 37

Dalam ucapan perasmiannya, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed menekankan kepentingan menggalakkan inovasi dan kreativiti serta fokus kepada reka bentuk dan pengembangan bahan PdP yang relevan dengan keperluan semasa.

PHOTO 2024 10 28 23 35 35

“Academia Fiesta bukan sekadar platform untuk berkongsi amalan terbaik, malah juga memainkan peranan penting dalam mengenal pasti produk dan inovasi PdP yang berpotensi untuk diketengahkan bukan sahaja di USM, tetapi juga di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," ujar Abdul Rahman di majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan Universiti pagi ini.

Menyoroti impak inisiatif itu, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat turut memperkenalkan dua produk baharu USM, iaitu Pusat APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) dan Quality Verification Centre (QVC), yang dijangka dapat memperkukuh reputasi universiti walaupun kedua-dua inisiatif ini masih dalam fasa awal penubuhan.

PHOTO 2024 10 28 23 35 37 2

“Pusat APEL akan memainkan peranan penting dalam memberi pengiktirafan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman, manakala QVC atau Pusat Pengesahan Kualiti bakal menjadi peneraju dalam memastikan kualiti pembelajaran secara maya, terutama dalam urusan pemindahan kredit," ujar Narimah.

Academia Fiesta@USM 2024 juga menampilkan empat kategori utama: EduChamp Challenge, Produk Inovasi, Massive Open Online Course (MOOC) Challenge, dan Micro-Credential Challenge, masing-masing menonjolkan aspek kreatif dan inovatif dalam PdP yang dikembangkan oleh staf dan pelajar USM.

PHOTO 2024 10 28 23 35 31 2

PHOTO 2024 10 28 23 35 30

Sebagai penceramah jemputan khas sesi “Future-Ready Academia”, Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail menekankan pentingnya inovasi dalam pendidikan untuk menyesuaikan diri dengan keperluan abad ke-21 serta mengatasi jurang antara generasi agar dapat maju selari dengan perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI).

PHOTO 2024 10 28 23 35 32

PHOTO 2024 10 28 23 35 31 3

"Saya ingin menegaskan betapa pentingnya kita bekerjasama untuk membentuk ekosistem akademik kondusif yang menyokong aspirasi pelajar dan pendidik.

PHOTO 2024 10 28 23 35 33

"Kita perlu memberi tumpuan kepada peningkatan kaedah pembelajaran, pengukuhan kualiti pendidikan, dan pembangunan kemahiran yang relevan bagi menghadapi cabaran masa depan, termasuk dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat,” kata Asma.

PHOTO 2024 10 28 23 35 29

Majlis itu turut menjadi platform untuk mempamerkan usaha Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE) melalui Pelan Strategik CDAE 5.0 yang menekankan transformasi PdP berpusatkan pelajar (SCL), integrasi teknologi, pembelajaran sepanjang hayat, dan penghasilan Kursus Terbuka Global, selari dengan visi USM untuk memimpin dalam bidang pendidikan dan teknologi.

Academia Fiesta bukan sahaja meraikan para pemenang, malah memberikan peluang untuk melihat komitmen USM dalam memperkukuhkan inovasi dalam pendidikan tinggi.

PHOTO 2024 10 28 23 35 29 2

Senarai pemenang Academia Fiesta di pautan berikut: https://bit.ly/WinnerlistAFUSM24

Turut hadir ialah Pengarah CDAE, Profesor Madya Dr. Muhamad Saiful Bahri Yusoff; barisan exco CDAE, juri dan ahli jawatankuasa Academia Fiesta, serta pegawai-pegawai utama universiti.

Teks: Shafinaz Md Ismail/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 110

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024