NC USM RAIKAN 1,722 PELAJAR BAHARU DI MAJLIS MAKAN MALAM PROGRAM SISWA LESTARI SA 2024/2025
USM PULAU PINANG, 8 Oktober 2024 – Majlis Makan Malam Program Siswa Lestari Sidang Akademik 2024/2025 diteruskan bagi meraikan seramai 1,722 pelajar baharu daripada empat desasiswa iaitu Desasiswa Cahaya Gemilang Harapan, Desasiswa Indah Kembara, Desasiswa Saujana, dan Desasiswa Aman Damai.
Bertempat di Padang Kawad, USM Kampus Induk, majlis makan malam dimeriahkan lagi dengan kehadiran Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin.
Dalam ucapan ringkas, Abdul Rahman mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar baharu dan sesungguhnya majlis yang diadakan ini bertujuan untuk meraikan kedatangan mereka sebagai pelajar baharu USM.
“Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menempatkan diri di USM dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar USM.
“Harapan yang diletakkan pada anda cukup tinggi. Jangan dihampakan harapan ibu bapa dan keluarga yang mengharapkan kejayaan anda kelak,” pesan Naib Canselor.
Hadir bersama ialah Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff; Timbalan Pendaftar Kanan BHEPA, Roslan Ismail; Ketua Pegawai Operasi dan Pemasaran, Pusat Pembangunan Pelajar BHEPA merangkap Pengerusi Majlis Penggawa Desasiswa, Zulkifli Che Hussin; Timbalan Majlis Penggawa Desasiswa, Ts. Dr. Shahrizal Nazri; barisan penggawa dan penolong penggawa desasiswa yang terlibat; dekan dan wakil-wakil dekan pusat pengajian dan pengarah PTJ USM, pegawai BHEPA dan barisan Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) Induk.
Majlis makan malam turut diserikan dengan persembahan bakat nyanyian dan tarian kebudayaan oleh wakil-wakil pelajar baharu yang terdiri daripada pelbagai suku kaum di Malaysia.
Teks & Foto: NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Penerbitan BHEPA
- Created on .
- Hits: 48