USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KECEMERLANGAN HOLISTIK FOKUS UTAMA PELAJAR KEJURUTERAAN – PENGARAH KAMPUS

NIBONG TEBAL, 6 Oktober 2024 – Pengarah Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin, menyarankan para pelajar baharu Sidang Akademik 2024/2025 agar bijak mengimbangi antara pencapaian akademik dan penglibatan dalam aktiviti bukan akademik.

462300498 1069588978504869 5093735956073781840 n

Dalam ucapannya, Azlina menekankan beberapa perkara penting kepada para pelajar baharu bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dan mencapai kecemerlangan sepanjang pengajian di universiti, sekaligus berjaya dalam pelbagai bidang.

“Para pelajar kejuruteraan bukan sahaja perlu cemerlang dari segi akademik, tetapi juga perlu menguasai soft skills seperti kemahiran komunikasi dan kebolehan bekerja dalam kumpulan,” katanya.

462136445 1069589131838187 1152940075820648284 n

"Kemahiran komunikasi yang baik dan keupayaan untuk bekerja bersama rakan-rakan dalam kumpulan adalah amat penting dalam bidang kejuruteraan yang mana anda perlu berlatih untuk menyampaikan idea dan bekerjasama dengan berkesan," ujar Azlina.

Dalam pada itu, Pengarah Kampus tersebut turut menasihati para pelajar agar aktif melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum tanpa menjejaskan prestasi akademik.

“Memang bagus kalau anda aktif dalam aktiviti kampus, tetapi jangan sampai ianya mengganggu nilai atau gred anda.

462108651 1069589211838179 1697319553507081547 n

“Seimbangkan antara akademik dan bukan akademik,” katanya sambil menekankan kepentingan untuk pelajar bijak mengatur masa agar pencapaian akademik tidak terjejas oleh penglibatan dalam aktiviti lain.

Di samping itu, beliau turut menggalakkan para pelajar untuk membina rangkaian dengan orang ramai dan menjalin hubungan dengan pelbagai pihak memandangkan mereka akan berpeluang berjumpa dengan ramai orang daripada latar belakang yang berbeza sepanjang bergelar pelajar nanti.

462098802 1069589235171510 8388721978805870319 n

“Manfaatkan peluang ini untuk create networking dan kenal lebih ramai orang, kerana ia akan sangat membantu dalam kerjaya anda di masa hadapan," tambah Azlina.

“Kehidupan di kampus mungkin berbeza dengan apa dibayangkan namun, jangan lupa bahawa masih ada ruang untuk enjoy your journey kerana ini adalah masa untuk kamu semua belajar, berkembang, dan membina diri,” pesannya.

Apatah lagi menurut Azlina, pelajar kejuruteraan perlu menunjukkan kesungguhan dalam pembelajaran mereka kerana sebagai pelajar kejuruteraan, perlu ada seriousness dalam semua yang dilakukan.

462300299 1069590385171395 2365179324575629520 n

“Bidang ini memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi, jadi pastikan anda sentiasa fokus dan serius dalam mencapai kejayaan," tegasnya.

462083648 1069590658504701 3079323759474237108 n

Turut hadir pada sesi pendaftaran 749 pelajar baharu kejuruteraan ini adalah Dekan-dekan serta Timbalan-timbalan Dekan Pusat Pengajian dan Ketua-ketua Jabatan Kampus Kejuruteraan USM.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 120

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024