USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RANGKUL NAIB JOHAN KATEGORI PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF (MAYA) DI ANUGERAH KHAS AKRI 2024

SHAH ALAM, 1 Oktober 2024 – Ts. Dr. Nur Azlina Mohamed Mokmin dari Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM) Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya merangkul Naib Johan dalam Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif (MAYA) di Anugerah Khas YB Menteri: Pendidikan Tinggi Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif Tahun 2024 (AKRI 2024). Beliau membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM5,000.00.

WhatsApp Image 2024 10 01 at 15.35.29 1

Anugerah tersebut disampaikan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, dalam majlis yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, pagi tadi, dan Nur Azlina turut diiringi oleh Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Sebanyak empat kategori utama dipertandingkan dalam AKRI 2024, iaitu Kurikulum Program Pengajian Inovatif, Pengajaran Transformatif, Pentaksiran Alternatif, dan Pengalaman Pembelajaran Imersif. 

WhatsApp Image 2024 10 01 at 15.18.49

Anugerah ini merupakan acara dwitahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sejak 2017, dengan tujuan mengenal pasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik dalam projek dan inisiatif di peringkat institusi atau individu dari universiti awam serta swasta.

Majlis ini turut menyaksikan perasmian Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi.

Teks: Mohd Amirullah Zainal Abidin, Bahagian Pengurusan Akademik, USM /Foto: FB

Features

  • Created on .
  • Hits: 154

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024