USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TERIMA KASIH KEPRIHATINAN USM REALISASIKAN IMPIAN SAYA KE MENARA ILMU

PASIR PUTIH, KELANTAN, 12 September 2024 – “Saya sungguh terharu dan gembira apabila pihak USM sendiri turun padang untuk menyalurkan sendiri bantuan kepada saya.”

459268362 1009614524296508 2870043969472572210 n

Tiada apa yang mampu diucapkan melainkan rasa syukur oleh Wan Nur'alya Syaza Awang, pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2023 setelah keluhan serta kebimbangan mereka sekeluarga mengenai faktor kewangan yang dihadapi mereka telah mendapat perhatian segera Universiti Sains Malaysia (USM).

Dalam pada itu, ketika dihubungi setelah berita tentangnya tular dalam media hari ini, Wan Nur’alyaa menzahirkan rasa syukur apabila dia sekeluarga turut menerima pelbagai bantuan yang sedikit sebanyak mengurangkan kekangan kewangan sekaligus menyalakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran di USM.

Anak bongsu daripada empat (4) adik beradik itu menyatakan hasratnya untuk menjadi sebahagian daripada pelajar di USM tidak pernah luntur walaupun permohonannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan yang ditawarkan di USM tidak kesampaian.

459033120 1009614504296510 27403024036187846 n

“Dari dahulu saya memang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di USM.

“USM sebuah universiti yang disegani dan mempunyai perkhidmatan pendidikan yang berkualiti, dan apabila ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke USM, saya terus menerimanya,” ujarnya.

459145002 1009614634296497 3069280846820255751 n

Tambah Wan Nur’alyaa, perasaannya bercampur baur setelah menyedari abang sulungnya terpaksa menyewa kenderaan lain untuk tujuan menghantarnya ke USM Pulau Pinang memandangkan kenderaan yang sedia ada sudah usang dan perlu pembaikian yang menelan kos yang tinggi.

Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, USM mengambil langkah proaktif untuk berhubung terus dengan bakal pelajar berkenaan bagi membantu seadanya bagi membolehkan hasrat pelajar terbaik STPM 2023 itu untuk bergelar pelajar USM dapat direalisasikan.

Menurut Abdul Rahman, pihak Universiti telah menghantar wakil bagi menyalurkan sumbangan ihsan berbentuk wang tunai menerusi Pusat Islam dan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) serta kit keperluan asas pelajar baharu turut diserahkan sebagai persediaan ke USM nanti.

459268440 1009614630963164 4490342355299711223 n

Dengan bantuan yang diberikan oleh pihak USM sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh mereka seterusnya menguatkan semangatnya untuk menggenggam segulung ijazah di USM.

Teks & Foto: Khairul Ithma Mahdi, Penolong Pendaftar Kanan, Unit Pembangunan Pelajar, BHEPA Kampus Kesihatan

  • Created on .
  • Hits: 98

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024