USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PERKUKUH KERJASAMA DENGAN UNIONS DALAM ASPEK INTEGRITI

USM PULAU PINANG, 10 September 2024 – Pejabat Ombudsman dan Pejabat Perundangan Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menerima lawatan rasmi daripada Ketua Ombudsman Negeri Sarawak, Dato' Sri Abdul Ghafur Shariff bersama delegasi dari Unit Integriti dan Ombudsman Jabatan Premier Sarawak (UNIONS).

WhatsApp Image 2024 09 28 at 00.40.57

Ini adalah lawatan pertama Abdul Ghafur ke USM sejak beliau dilantik sebagai Ketua Ombudsman Sarawak yang pertama pada 26 Ogos 2024.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk membincangkan kerjasama dan latihan yang boleh ditawarkan oleh pihak USM kepada pihak UNIONS.

WhatsApp Image 2024 09 28 at 00.41.53

Penasihat Undang-undang USM, Dr. Khairul Anuar Che Azmi berkata, selain itu, turut dibincangkan adalah penerokaan bersama untuk memperkukuh jalinan kerjasama antara USM dengan Kerajaan Negeri Sarawak yang diwakili oleh UNIONS, khususnya dalam aspek berkaitan integriti. 

WhatsApp Image 2024 09 28 at 00.43.58

“Terdapat cadangan untuk menjemput pihak USM untuk memberi latihan secara berkala kepada para Pegawai Integriti Negeri Sarawak dan juga Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Negeri Sarawak terutamanya dalam latihan berkenaan dengan 4 prinsip utama Ombudsman (kebebasan; kerahsiaan; neutral dan tidak memihak; tidak formal) dan juga tatacara siasatan," katanya. 

Hadir bersama ialah Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff dan juga pegawai undang-undang dari Pejabat Perundangan USM.

Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 108

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024