USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGLIBATAN ANAK-ANAK CILIK TADIKA MINDEN USM MERIAHKAN SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN

USM PULAU PINANG, 29 Ogos 2024 – Sambutan di ambang kemerdekaan Universiti Sains Malaysia (USM) dimeriahkan lagi pada pagi ini apabila hampir seramai 90 kanak-kanak cilik Tadika Minden, termasuk tenaga pengajar dan ibu bapa menyertai perarakan sempena sambutan Bulan Kebangsaan Ke-67 dan Hari Malaysia Ke-61.

Kanak-kanak cilik Koperasi Tadika Minden yang terdiri daripada anak-anak staf Kampus Induk dan pelajar antarabangsa turut diringi oleh tenaga pengajar dan sebahagian ibu bapa diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran mengenai erti kemerdekaan negara sekaligus menyuntik semangat patriotik seawal usia empat tahun.

Perarakan mereka yang bermula dari Koperasi Tadika Minden melalui Desasiswa Cahaya Gemilang Harapan, bulatan Dewan Budaya dan berakhir di perkarangan masuk Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni turut dibantu oleh Unit Kawalan Kampus/Unit Trafik, Jabatan Keselamatan USM.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-67 dan Hari Malaysia Ke-61!

Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.

Teks: NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Penerbitan BHEPA/Foto: BHEPA & Unit Kawalan Kampus/Unit Trafik, Jabatan Keselamatan USM.

  • Created on .
  • Hits: 81

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024