USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KUNJUNGAN CUEPACS KE CEMACS SEMARAKKAN BENGKEL KEPIMPINAN WANITA

PULAU PINANG, 6 September 2024 – Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan delegasi Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dari seluruh Malaysia yang merupakan sebahagian daripada pengisian Bengkel Retreat Kepimpinan Wanita "Leadershipher 2024" yang berlangsung dari 5 hingga 7 September.

WhatsApp Image 2024 09 06 at 15.15.06

Bengkel ini menghimpunkan 158 peserta yang komited untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan mereka melalui gabungan pembangunan profesional dan pengalaman pembelajaran.

Agenda program tertumpu kepada bidang sains marin dan penyelidikan, sejajar dengan tema bengkel yang menggalakkan pembangunan kepimpinan melalui pengalaman yang pelbagai.

WhatsApp Image 2024 09 06 at 15.15.06 2

WhatsApp Image 2024 09 06 at 15.15.05 1

Menurut Pengarah CEMACS, Profesor Dato’ Dr. Aileen Tan Shau Hwai, “Pada sesi pagi, kami memberikan peluang kepada para peserta untuk memahami aspek sains marin dengan lebih mendalam, termasuk penyelidikan terkini serta peranan penting ekosistem marin.”

“Lawatan ke CEMACS ini membuka ruang kepada peserta untuk menghayati kepentingan pemuliharaan dan pengurusan lestari alam sekitar marin, yang merupakan elemen kritikal dalam usaha melindungi sumber alam kita,” tambah beliau.

Diketuai oleh pakar-pakar sains marin, sesi tersebut melibatkan pembentangan interaktif serta aktiviti hands-on, yang menghubungkan prinsip-prinsip kepimpinan dengan cabaran alam sekitar dunia sebenar.

WhatsApp Image 2024 09 06 at 15.15.08

WhatsApp Image 2024 09 06 at 16.06.00

Aileen turut berkata, “Para peserta mendalami kaedah saintifik dalam penyelidikan marin, kepentingan pengurusan pesisir pantai, serta bagaimana kepimpinan boleh menjadi penggerak perubahan positif dalam bidang ini.”

“Penglibatan ini tidak hanya membuka minda peserta terhadap isu-isu alam sekitar, tetapi juga menegaskan peranan penting kepimpinan dalam menghadapi cabaran global.

“Melalui bengkel ini, pihak CEMACS berhasrat untuk terus memberi inspirasi serta melengkapkan pemimpin wanita dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membuat keputusan yang bermakna dalam bidang masing-masing,” ujar Aileen lagi.

WhatsApp Image 2024 09 06 at 15.15.08 2

Mengulas lanjut, Aileen berkata, secara keseluruhan, lawatan ke CEMACS telah mencapai kejayaan cemerlang, selari dengan objektif bengkel untuk melahirkan pemimpin masa depan yang berpandangan jauh dan berinformasi.

“Pengalaman ini menyerlahkan kepentingan penggabungan pelbagai bidang ilmu dalam program pembangunan kepimpinan, sekali gus menjadi contoh bagi program kepimpinan pada masa hadapan.”

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Presiden CUEPACS, Dato' Dr. Haji Adnan Bin Mat.

WhatsApp Image 2024 09 06 at 15.15.04 3

CEMACS ialah pusat kajian laut dan pantai tertua di negara ini. Pusat ini menjalankan penyelidikan dan latihan tertumpu kepada biodiversiti serta pemuliharaan ekosistem laut, ekosistem pantai, ekosistem hutan pesisir, marikultur selain kajian ekologi mamalia laut.

Sumber Teks & Foto: Dr. Annette Jaya Ram & Professor Dato’ Dr. Aileen Tan Shau Hwai (CEMACS)/Suntingan: Shafinaz Md Ismail

  • Created on .
  • Hits: 180

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024