USM BERSAMA ADRC BANGUNKAN PIAWAI ‘ESG’, PERKUKUH AGENDA KELESTARIAN MELALUI PENGIKTIRAFAN KEPADA INDUSTRI
USM PULAU PINANG, 2 September 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) dan Advance Dispute Resolution Centre (ADRC) telah menjalinkan kerjasama strategik untuk pelaksanaan “ESG Award 2024” bagi menyokong dan mempelbagaikan KPI USM melalui pengajaran, penyelidikan, IP/inovasi, penerbitan, perundingan dan latihan, sekali gus mewujudkan manfaat sinergi antara satu sama lain.
Pelaksanaan “ESG Award 2024” tersebut diterajui untuk menyelaraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan dasar domestik bagi membantu industri dalam pematuhan SDG, dan pada masa yang sama, memberi pengiktirafan kepada organisasi yang menyumbang dan mematuhi piawai ESG.”
Majlis pelaksanaan ESG Award 2024 itu telah dirasmikan oleh Penasihat Kehormat Kanan ADRC, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd Yussof Latiff.
Dalam ucapannya, beliau berkata, “Pada tahun ini (2024), USM juga telah mencapai pencapaian yang luar biasa dengan memperoleh tempat teratas dalam Times Higher Education Impact Rankings (THE-IR) di peringkat negara dan rantau Asia.”
Menurut Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Profesor Dr. Azlan Amran pula, “CGSS dan ADRC telah membangunkan piawai ESG, sekaligus memberi pengiktirafan kepada organisasi yang menyumbang dan mematuhi piawai ESG melalui pelaksanaan “ESG Pioneer Award 2023.”
Ujarnya lagi, “Manfaat sinergi yang wujud berkaitan kerjasama pintar ini termasuk pembangunan sistem Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) baharu yang dapat memperkaya KPI USM melalui pengajaran, penyelidikan (geran), IP/inovasi, penerbitan, perundingan dan latihan.
Dalam pada itu, Penasihat Kehormat ADRC, Dato’ Seri Sr. Hj. Rozali Haji Mohamud berkata, “Yayasan Amal TYT Pulau Pinang menyokong program ESG Award kerana inisiatif ESG yang dilaksanakan selari dengan Visi Yayasan Amal TYT Pulau Pinang iaitu kesejahteraan untuk semua.”
Selain itu, pengiktirafan turut diberikan kepada 5 individu yang dilantik sebagai ‘jawatankuasa pemandu’, dan 27 individu yang dilantik sebagai ‘panel pakar industri’ bagi mengukuhkan piawai ESG.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah CGSS, Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei; pegawai-pegawai utama USM dan ADRC serta rakan-rakan strategik ADRC.
Teks: Adlin Aina Jamaludin (pelajar praktikal MPRC)/Suntingan: Tan Ewe Hoe/Foto: Shahnizam Ab Rahim
- Created on .
- Hits: 239