USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM ANJUR KARNIVAL TENAGA LESTARI 2024 PERKASAKAN BAKAT MURID SEKOLAH DALAM BIDANG TENAGA LESTARI

USM PULAU PINANG, 22 Ogos 2024 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), Universiti Sains Malaysia (USM), dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia, Unit Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK), dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), telah menganjurkan Karnival Tenaga Lestari 2024 bertempat di kampus induk USM.

WhatsApp Image 2024 08 22 at 13.13.18

Program tersebut bertujuan untuk memperkasakan bakat murid sekolah dalam bidang tenaga lestari melalui pertandingan berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Sebanyak 250 penyertaan telah diterima daripada sekolah-sekolah di sekitar negeri Kedah dan Pulau Pinang, dengan sasaran untuk memupuk kesedaran mengenai kepentingan tenaga lestari serta penggunaan sumber semula jadi yang berkesan.

WhatsApp Image 2024 08 22 at 13.13.18 2

WhatsApp Image 2024 08 22 at 13.13.19 1

Program tersebut melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah, yang didedahkan dengan pengalaman dan pengetahuan berharga sepanjang karnival berlangsung.

Antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang karnival tersebut termasuklah Program Gaya Hidup Hijau Wilayah Utara, yang melibatkan seramai 250 orang peserta terdiri daripada guru dan murid sekolah menengah.

WhatsApp Image 2024 08 22 at 13.13.19

Selain itu, terdapat empat acara pertandingan yang dijalankan, yang bertujuan meningkatkan kreativiti serta mengaplikasikan pengetahuan mengenai tenaga lestari dalam situasi praktikal.

WhatsApp Image 2024 08 22 at 13.13.19 2 WhatsApp Image 2024 08 22 at 13.13.20

Pertandingan-pertandingan tersebut memberi fokus kepada penyediaan platform bagi pelajar dan guru untuk berkongsi idea serta inovasi yang relevan dengan objektif karnival, khususnya dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 6, 7, 9, 11, dan 12.

Karnival Tenaga Lestari 2024 berkenaan mendapat sambutan yang sangat baik daripada kalangan guru dan pelajar sekolah di Pulau Pinang dan Kedah.

WhatsApp Image 2024 08 22 at 13.13.18 1

Walaupun acara-acara yang berlangsung itu tidak dijalankan secara serentak di kedua-dua negeri, semangat yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang pertandingan jelas membuktikan impak positif dan keberkesanan program tersebut.

Teks: Adlin Aina Jamaludin (pelajar praktikal MPRC)

  • Created on .
  • Hits: 689

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024