USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SAINSed TERIMA PENGIKTIRAFAN ISO 9001 BAGI KUALITI PENGURUSAN PROGRAM LATIHAN PROFESIONAL KELESTARIAN BERTERASKAN SDG

PULAU PINANG, 23 Ogos 2024 – Unit Latihan Kelestarian Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) yang dikenali sebagai SAINSed secara rasminya telah menerima pengiktirafan Standard ISO 9001:2015 Quality Management System (QMS) bagi pengurusan program di bawah skop:

PROVISION OF SHORT COURSES IN MANAGEMENT AND APPLIED SCIENCES IN LINE WITH USM COMMITMENT TO LIFELONG LEARNING AND SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDGs).

WhatsApp Image 2024 08 23 at 17.12.30 1

Menurut Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat (JIM) USM, Profesor Dr. Azlan Amran, “Pengiktirafan ini merupakan pencapaian penting bagi SAINSed yang telah berusaha secara konsisten dalam memastikan standard kualiti yang terbaik dalam pengurusan program latihan profesional.”

“Ini termasuk dedikasi pasukan SAINSed terhadap peningkatan berterusan, pengalaman pembelajaran peserta serta pematuhan terhadap standard kualiti pengurusan program yang ditetapkan.

WhatsApp Image 2024 08 23 at 17.12.32

WhatsApp Image 2024 08 23 at 17.12.30

“Pengiktirafan ISO 9001 ini adalah manifestasi komitmen SAINSed dalam menyediakan platform latihan yang terbaik dan efektif, serta menjamin bahawa setiap aspek pengurusan program ini memenuhi piawaian global,” kata Azlan yang hadir di majlis mewakili Naib Canselor USM.

Katanya lagi, “Akreditasi ini akan menjadi kerangka asas pengurusan SAINSed dalam menyediakan perkhidmatan latihan yang memenuhi permintaan industri khususnya berkaitan subjek kelestarian industri dan ESG, selari dengan visi USM sebagai peneraju dalam pendidikan berteraskan kelestarian di peringkat nasional dan antarabangsa.”

WhatsApp Image 2024 08 23 at 17.12.29 WhatsApp Image 2024 08 23 at 17.12.31

Majlis penganugerahan sijil ISO 9001 kepada SAINSed telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia YB Tuan Steven Sim Chee Keong, dan dihadiri oleh para pemimpin industri dan kepimpinan USM, di sebuah hotel di sini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan USAINS Holdings, Farid Wajidi Mat Yusoff; Ketua Program/Penyelaras SAINSed, Profesor Madya Dr. Muhammad Izzuddin Syakir Ishak; Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat USAINS, Ts. Mohamad Shaiful Md Yusuff; Wakil Dekan Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Ts. Dr. Mohd Hafiidz Jaafar; wakil Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) USM serta pasukan pengurusan SAINSed.

WhatsApp Image 2024 08 23 at 17.12.29

WhatsApp Image 2024 08 23 at 17.12.31 2

Pengiktirafan ini merupakan pemangkin kepada SAINSed untuk terus maju dan memperluaskan impak dalam bidang latihan kelestarian profesional berteraskan SDG kepada industri dan masyarakat.

Teks: Prof. Madya Dr. Muhammad Izzuddin Syakir Ishak, Ketua Program & Penyelaras SAINSed/Suntingan: Adlin Aina Jamaludin (pelajar praktikal MPRC)/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 202

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024