USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MAJLIS APRESIASI TANDA PENGHARGAAN KEPADA SEKRETARIAT THE-IR 2024

USM, PULAU PINANG, 20 Ogos 2024 – Sebagai tanda penghargaan atas komitmen Ahli Jawatankuasa Times Higher Education Impact Rankings (THE-IR) 2024, Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi di Dewan Pese’ban Agung pada petang ini.
 
Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed menyatakan keunggulan USM dalam empat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) utama:
  • SDG 2 (Tiada Kelaparan); 
  • SDG 6 (Air Bersih dan Sanitasi); 
  • SDG 16 (Kedamaian, Keadilan dan Institusi Kukuh); dan 
  • SDG 17 (Kerjasama demi Mencapai Matlamat).
WhatsApp Image 2024 08 20 at 20.22.37
WhatsApp Image 2024 08 20 at 20.22.38 1
 
Menurut Abdul Rahman, "USM berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai universiti terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara, serta berada dalam kelompok tiga terbaik di Asia.”
 
“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama penuh dedikasi semua pihak, khususnya Ahli Jawatankuasa THE-IR 2024, yang telah bertungkus-lumus untuk universiti.”
 
“Saya ingin menegaskan bahawa kecemerlangan ini tercapai hasil sumbangan signifikan daripada kedua-dua bidang sains dan sastera, yang mempunyai kepentingan yang setara,” tambah beliau.
 
Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, selaku Pengarah CGSS, dalam ucapan aluannya menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada semua yang telah menunjukkan komitmen dalam usaha meningkatkan kelestarian dan pencapaian dalam aspek-aspek kritikal yang diiktiraf di peringkat global.
 
“Kejayaan ini memperkukuhkan tekad USM terhadap prinsip kelestarian sebagai agenda utama universiti yang telah kita integrasikan dalam pengajaran, penyelidikan, jaringan industri dan masyarakat, serta pengurusan universiti.”
 
“USM terus beraspirasi untuk memainkan peranan penting dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," ujar beliau lagi.
  WhatsApp Image 2024 08 20 at 20.22.36
 
Majlis diakhiri dengan penghargaan kepada semua yang hadir dengan harapan kejayaan ini dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk terus mencapai kecemerlangan dan kelestarian yang berterusan pada masa hadapan.
 
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan-timbalan Naib Canselor; pengurusan tertinggi; dan pegawai-pegawai utama Universiti.
 
Teks: Shafinaz Md Ismail/Suntingan: Tan Ewe Hoe/Foto: Shahnizam Ab Rahim
  • Created on .
  • Hits: 171

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024