USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

OMBUDSMAN USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN PERUNDANGAN JABATAN PERDANA MENTERI

WhatsApp Image 2024 08 08 at 16.36.32 1

USM PULAU PINANG, 8 Ogos 2024 – Pejabat Ombudsman Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada hari ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Zamri Misman adalah salah satu usaha untuk mendalami peranan dan cabaran yang dihadapi oleh unit masing-masing dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dalam organisasi.

WhatsApp Image 2024 08 08 at 16.36.33 1   WhatsApp Image 2024 08 08 at 16.36.33

Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Ombudsman USM, Profesor Ir. Dr. Zainal Ahmad dan juga dihadiri Penasihat Undang-Undang USM, Dr. Khairul Anuar Che Azmi.

Kedua-dua pihak berharap agar hasil perbincangan dapat dipraktikkan dalam usaha membangunkan program dan inisiatif yang memenuhi keperluan pelanggan dan pemegang taruh selain meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kedua-dua pihak.

 WhatsApp Image 2024 08 08 at 16.36.32   WhatsApp Image 2024 08 08 at 16.36.34

Delegasi dari BHEUU, JPM yang turut hadir ke majlis adalah Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Dasar dan Penyelidikan, Dr. Nur Faiza Iskak; Pegawai Khas, Pejabat Ketua Pengarah, Nazrul Amri Nazri; dan Pegawai Tadbir, Seksyen Dasar dan Penyelidikan, Faezah Mustapa.

Teks: Shafinaz Md Ismail

  • Created on .
  • Hits: 228

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024