PROGRAM INTEGRITI TINGKAT PROFESIONALISME WARGA USM BERSAMA PAKAR MOTIVASI MALAYSIA, MOHD FADZILAH KAMSAH
USM PULAU PINANG, 30 Julai 2024 – Pusat Transformasi Insan (PTI) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah menganjurkan program berimpak tinggi yang bertemakan ‘Integriti Membentuk Profesionalisme Warga Universiti’ pada 23 Julai yang lalu.
Berlangsung di Dewan Budaya USM, program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan membina asas yang kukuh bagi nilai integriti dalam kalangan warga universiti.
Program ini telah menampilkan Profesor (Adjung) Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, seorang pakar motivasi terkemuka Malaysia yang memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan dan motivasi.
Kehadiran Mohd Fadzilah Kamsah membawa inspirasi dan semangat baru kepada peserta melalui perkongsian pengalaman dan kaedah praktikal untuk mempraktikkan integriti dalam kehidupan seharian.
Dalam sesi tersebut, Mohd Fadzilah Kamsah menekankan bahawa integriti bukan sekadar tentang kejujuran, tetapi juga melibatkan disiplin, ketelusan, dan kepatuhan kepada undang-undang.
Program dua jam yang penuh inspirasi ini telah disertai lebih 300 peserta, diberi panduan praktikal tentang cara menerapkan nilai-nilai integriti dalam suasana kerja yang mencabar.
Mohd Fadzilah Kamsah telah memberikan sesi interaktif yang menghidupkan semangat dan meningkatkan motivasi para peserta.
Dengan pendedahan dan pengetahuan yang diperoleh, diharapkan agar warga USM dapat terus mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap tindakan mereka, menjadikan USM sebuah institusi pendidikan yang unggul dan dihormati ini dalam membina warga USM yang berintegriti tinggi.
Teks: Firdaus Abu Bakar/Suntingan: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi
- Created on .
- Hits: 223