USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DYTM RAJA MUDA KEDAH DAN DYTM RAJA PUAN MUDA KEDAH PERKENAN BERANGKAT MELAWAT PUSAT PENYELIDIKAN ARKEOLOGI GLOBAL USM

USM PULAU PINANG, 28 Julai 2024 – Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff perkenan berangkat melawat Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) di kampus induk Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

bab9561d 72c0 4fd9 956e 323969e991ee

Tujuan utama Baginda berdua mengadakan lawatan ke PPAG USM adalah untuk melihat dengan sendiri arca Buddha berbentuk manusia dari abad kelapan hingga kesembilan yang dijumpai oleh pasukan penyelidik tempatan diketuai Pensyarah Kanan PPAG USM, Dr. Nasha Rodziadi Khaw di kawasan Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras, Yan, Kedah pada bulan Jun yang lalu.

Keberangkatan tiba Baginda berdua di PPAG disambut oleh Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti, USM, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin; Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Profesor Dr. Azlan Amran; Pengarah PPAG USM, Profesor Dr. Stephen Chia Ming Soon; Timbalan Persuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara, Ruzairy Arbi; dan para penyelidik PPAG USM.

6dc6e335 5a3a 43b9 ab1c 05c0916c91a1

Baginda berdua telah diberi taklimat dan penjelasan oleh Stephen Chia dan Nasha berkenaan kesignifikanan penemuan terkini itu kepada pengkayaan sejarah tamadun awal Kedah Tua sebagai sebuah kota penting dalam jalur perdagangan maritim Asia Tenggara.

708e51c6 3e57 4342 ba1a 6f3b73aeb3b5

Juga ia menunjukkan kawasan Bukit Choras itu sebagai tapak keagamaan yang penting pada ketika itu dan lebih tua berbanding Angkor Wat di Kemboja dan Borobudur di Indonesia.

Baginda berdua begitu tertarik dengan penemuan penting tersebut, yang mana relik (arca Buddha) itu telah dibawa keluar dari tapak di Bukit Choras dan ditempatkan sementara di makmal PPAG USM sebagai langkah keselamatan dan bagi tujuan penyelidikan lanjutan termasuk kerja-kerja konservasi secara menyeluruh.

1ef1d553 a5c0 42fc a9d8 a885d232e8ba 1

d03e28fb 2110 4a52 82da 12cdb5ba0af7

Di PPAG, Baginda Tuanku turut perkenan melawat Makmal Scanning Electron Microscope (SEM) dan Makmal Mikroskop Analisis Artifak.

Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 380

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024