USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR USM ANUGERAHKAN IJAZAH PROGRAM SARJANA ANALITIK PERNIAGAAN KERJASAMA USM-MESIR, TEKANKAN PENDIDIKAN TINGGI GLOBAL

57d68947 25fa 4516 954b 7122aeedc007

CAIRO, MESIR, 27 Julai 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) meraikan graduan program Sarjana Analitik Perniagaan (Master of Business Analytics) melalui kerjasama bersama ‘Information Technology Industry Development Agency’ (ITIDA) di bawah ‘Digital Egypt Builders Initiative’ (DEBI), Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat (Ministry of Communications and Information Technology - MCIT), Mesir.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed telah menyampaikan skrol kepada seramai 96 graduan program tersebut semasa majlis Winter Cohort 2024 Graduation yang diadakan di Grand Celebrations Hall, Cairo University, hari ini.

01e6eff6 2e02 4898 bb16 56c91d88047f

Dalam ucapan beliau, Naib Canselor menekankan kerjasama dengan DEBI Mesir merupakan komitmen terhadap pendidikan tinggi global serta pembangunan pemimpin dan bakat masa depan dalam bidang analitik perniagaan.

Ujarnya lagi, program Sarjana Analitik Perniagaan yang ditawarkan di bawah Pusat Pengajian Pengurusan USM telah menyaksikan pertumbuhan yang begitu ketara selama ini berikutan permintaan yang amat tinggi sejak ia mula ditawarkan pada tahun akademik 2021.

“Pencapaian Ini turut mencerminkan kejayaan kerjasama antara Malaysia dan Mesir khususnya dalam melahirkan bakat berkemahiran untuk memenuhi keperluan bakat dalam era data besar,” katanya.

2812c9a4 4431 458e bc3c c29a414970e5

Abdul Rahman menzahirkan ucapan tahniah kepada semua graduan dan menyeru agar graduan memulakan perjalanan baharu dengan menggunakan ilmu dan kemahiran dengan bijak dan beretika serta terus belajar dan menyesuaikan diri dalam bidang yang sentiasa berubah ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia di Mesir dan pihak Education Malaysia Egypt (EME) yang sentiasa menyambut baik dan menyokong USM dalam kerjasama dengan pihak Mesir.

42cb1149 e8b1 4fed bfcf 75c61357c2ad

Turut hadir dalam majlis graduasi itu ialah Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Mesir, Dr. Amr Samih Talaat; wakil dari Kedutaan Malaysia ke Mesir; wakil-wakil institusi yang terlibat dalam program kerjasama itu iaitu University College Cork, Ireland; Queen’s University; Canadian University of Ottawa; delegasi ITIDA dan DEBI Mesir; delegasi dari USM iaitu Dekan, Pusat Pengajian Pengurusan, Profesor Dr. Noor Hazlina Ahmad; Penyelaras USM LEAP, Profesor Dr. Lee Keat Teong; dan Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Pengajian Pengurusan, Norwahida Azwa Abdul Halim.

  • Created on .
  • Hits: 434

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024