USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERPUSTAKAAN USM TERUS KOMITED MENYOKONG PENYELIDIKAN MELALUI "ROTG WITH USM LIBRARY"

WhatsApp Image 2024 07 12 at 12.30.29 PM   WhatsApp Image 2024 07 12 at 12.30.09 PM

USM PULAU PINANG, 11 Julai 2024 – Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) telah meneruskan kecemerlangannya dalam melaksanakan aktiviti yang menyokong 5P (Pengajaran, Pembelajaran, Penyelidikan, Penerbitan dan Perundingan).

Sekali lagi, Perpustakaan USM menunjukkan komitmennya dalam menyokong aktiviti penyelidikan warga universiti melalui penganjuran program tahunannya iaitu "Research on the Go (RoTG) with USM Library”.

Menurut Ketua Pustakawan USM, Arinawati Ayob, program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penyelidikan warga USM melalui sesi perundingan peribadi secara ‘one-on-one' selama 30 minit bersama para Pustakawan USM.

“Pustakawan USM akan memberikan perkhidmatan konsultansi menerusi pelbagai modul literasi maklumat dan sokongan akademik secara terus kepada pelajar ijazah lanjutan, penyelidik serta para pensyarah,” katanya.

Jelas lanjut Arinawati, “Antara jenis konsultansi yang ditawarkan ialah pencarian literature; membuat sitasi dan rujukan; pemformatan tesis; mengatur data penyelidikan; penerbitan hasil penyelidikan; dan peningkatan keternampakan penyelidikan.”

Program tersebut telah dilaksanakan sebanyak dua kali di dua lokasi tumpuan pelajar iaitu pada 2 Julai yang lalu di Bilik Seminar, Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC), IPPT dan di M11 USM pada 4 Julai yang lalu.

Seramai 36 orang peserta telah menghadirkan diri di ARC IPPT manakala seramai 42 orang peserta hadir di M11 USM.

Hampir kesemua peserta memberikan maklum balas yang positif berkenaan program yang telah dijalankan dengan harapan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Perpustakaan USM

  • Created on .
  • Hits: 148

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024