USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

LAWATAN AKADEMIK INTER-UNIVERSITY BIO-LINK 7.0 PERKUKUH KERJASAMA BIOLOGI MALAYSIA-INDONESIA

INDONESIA, 26 Jun 2024 - Persatuan Sains Kajihayat (Biosociety) melalui Pusat Pengajian Sains Kajihayat (PPSKH) Universiti Sains Malaysia telah mengadakan program tahunannya iaitu lawatan akademik Inter-University Bio-Link 7.0 ke Bogor, Indonesia pada 13 hingga 16 Mei yang lalu.

WhatsApp Image 2024 07 01 at 15.12.22 4

Program tahunan ini telah melibatkan kerjasama antara PPSKH dengan dua buah institusi terulung di Indonesia iaitu SEAMEO BIOTROP dan Institut Pertanian Bogor (IPB).

Lawatan akademik ini telah berjaya mencapai objektif utamanya iaitu bertukar maklumat dalam bidang biologi dan memberi pengalaman kepada pelajar untuk melakukan projek bertaraf antarabangsa serta mengenali dan memahami persekitaran pembelajaran serta kebudayaan masyarakat di Indonesia.

WhatsApp Image 2024 07 01 at 15.12.22

Seramai 33 orang pelajar telah turut serta bersama-sama Dekan PPSKH, Profesor Dato’ Dr. Amirul Al Ashraf Abdullah; Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri dan Komuniti), Profesor Dr. Latiffah Zakaria dan diiringi oleh penasihat Persatuan Biosociety, Profesor Madya Dr. Darlina Md Naim dan Dr. Rosazlina Rusly.

Menurut Amirul Al Ashraf, beliau amat berbangga dengan pencapaian pelajar PPSKH USM yang telah ditunjukkan melalui program pengantarabangsaan ini, dan ternyata program ini dapat membangun potensi diri pelajar melalui atribut di bawah elemen HEBAT.

WhatsApp Image 2024 07 01 at 15.12.22 2

“Melalui program mobiliti ini kami amat optimis untuk membuka ruang kerjasama yang lebih luas bersama kedua-dua institusi ini,” tambah Amirul Al Ashraf.

Pengarah Projek Inter-University Bio-Link 7.0, Iwani Maisarah Norizham berkata melalui kerjasama sekretariat di bawah kepimpinannya, pelbagai aktiviti telah berjaya dijalankan bagi mengeratkan hubungan antara pelajar Malaysia dan Indonesia.

WhatsApp Image 2024 07 01 at 15.12.22 1

WhatsApp Image 2024 07 01 at 15.12.22 3

Hasil daripada lawatan ini juga, satu Memorandum Persefahaman (MoU) akan dilaksanakan yang mana salah satu intipati perjanjian adalah pertukaran staf dan pelajar pada masa akan datang bagi ketiga-tiga institusi ini.

Teks Asal: Dr. Rosazlina Rusly (PP Sains Kajihayat USM)/Suntingan: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: PP Sains Kajihayat USM

  • Created on .
  • Hits: 213

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024