USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROJEK GUARANA LONJAK KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

IMG 4974

PULAU PINANG, 3 Jun 2015 – Pelancaran Projek Perladangan Guarana yang melibatkan inisiatif Kosiswa Universiti Sains Malaysia (USM) Kejuruteraan Nibong Tebal Berhad dengan Ritz Manufacturing (M) Sdn. Bhd. disifatkan selaras dengan agenda pembangunan budaya keusahawan dalam diri mahasiswa.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata, pembangunan keusahawanan siswa USM merupakan laluan bagi mahasiswa-mahasiswi untuk mendalami bidang keusahawanan di samping matlamat utama meraih pencapaian akademik.

IMG 4983

Katanya, pelbagai usaha termasuk Dasar Program Pembangunan Keusahawanan USM diwujudkan, bertujuan melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan yang tinggi .

``Kemahiran keusahawanan ini dapat membantu melahirkan usahawan siswazah yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara,’’ katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Perladangan Guarana oleh Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan dan Perpaduan negeri Kedah, Dato' Dr. Leong Yong Kong.

Majlis itu juga diadakan serentak dengan penandatanganan dua memorandum persefahaman (MoU) di antara Ritz Manufacturing dengan Kosiswa USM Kejuruteraan Nibong Tebal Berhad serta Yuzhou Ai Li Fang Co Ltd.

IMG 4995

IMG 5017

Ritz Manufacturing merupakan salah satu syarikat yang bernaung dibawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Omar juga berkata, USM juga turut memberikan sokongan penuh kepada koperasi-koperasi yang beroperasi di kampus-kampus USM dalam dan luar Negara dengan menyediakan platform serta pengayaan bakat para graduan.

``Kita menyediakan pelbagai kemudahan untuk menjayakan hasrat memperkasa kemahiran pelajar termasuk projek Akaun Siswa Niaga Maju.

IMG 5037

``USM juga menyediakan peluang mengkomersialkan produk berpotensi hasil daripada penyelidikan pensyarah melalui Program SEDIA (Student Entrepreneurship Development Initiative Agenda),’’ ujar beliau.

Tambahnya, segala usaha yang diperkenalkan adalah selaras dengan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015 sehingga 2025, yang menggariskan aspirasi dan cadangan lonjakan keusahawanan pelajar selepas bergraduasi.

IMG 5044

``Pelan PPPM ini juga diantaranya menyentuh aspek pengoperasian pelajar dalam menukar minda pelajar daripada budaya mencari pekerjaan kepada budaya mencipta pekerjaan sekaligus memberikan keseimbangan dalam pemikiran keusahawanan pelajar yang akan bergraduasi,’’ katanya.

Dalam pada itu, Yong Kong pula dalam ucapannya berkata, Ritz Manufacturing (M) Sdn Bhd untuk melangkau lebih jauh melalui kerjasama dengan USM dalam bidang pemasaran produk dan projek peladangan guarana  yang  pertama di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara.

IMG 5048

Katanya, usahasama ini bukan sekadar memberi manfaat kepada mahasiswa, sebaliknya membantu menyumbang ke arah pemantapan ekonomi dan membantu menjana pendapatan lumayan kepada usahawan. Teks: Marziana Mohamed Alias /  Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1512

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024