USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MENITI TITIAN USIA GUNA MASA DENGAN BIJAKSANA

11351387 10206770752091786 6868487782255601047 n

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Jun 2015 - Seseorang itu perlu mempunyai matlamat hidup kerana sering dibataskan dengan kekurangan masa dan usia yang ada.

Menurut mantan Ketua Jabatan Bahasa Arab Dan Tamadun Islam Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr. Haji Mohd Zain Haji Mohmood dalam Program Transformasi Qalbu kepada staf Universiti Sains Malaysia (USM) yang dianjurkan oleh Pusat Transformasi Insan (PTi) di sini, memandangkan masa amat penting dalam kehidupan ini, kita perlu memberi sepenuh perhatian terhadap masa serta menggunakannya sebaik mungkin untuk mencapai cita-cita serta matlamat demi mengecapi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

“Allah mengingatkan kita supaya menggunakan masa dengan sebaik mungkin dan sekiranya tidak menggunakan peluang dan kesempatan yang ada kita akan mengalami kerugian yang besar apabila terbuang begitu sahaja yang boleh menyebabkan penyesalan dan penderitaan,” katanya.

Jelasnya, antara perkara yang menyebabkan masa gagal diurus dengan sebaiknya adalah kerana individu itu sendiri tidak jelas dengan matlamat kehidupan di dunia ini dan mempunyai tabiat buruk seperti sikap malas, sambil lewa, tidak bersistem, mencuri tulang dalam melakukan tugas, leka dan suka bertangguh membuang masa.

“Semua tabiat buruk itu dapat dielakkan sekiranya individu itu dapat memerangi hawa nafsu dan mengatasi segala kelemahan diri bagi mencapai kesempurnaan hidup,” tambahnya lagi.

Mohd Zain mengingatkan agar setiap orang tidak mengambil mudah tentang umur dan masa kerana perkara ini bukannya remeh dan hendaklah sentiasa berilmu serta beramal kerana ibadat bukan kuantiti tetapi kualiti. - Teks/foto: Anawiah Abdul Aziz

  • Created on .
  • Hits: 871

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024