USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT YUNNAN MINZU UNIVERSITY
USM PULAU PINANG, 3 Jun 2024 – Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat baru-baru ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yunnan Minzu University, China.
Delegasi Yunnan Minzu University diketuai oleh Setiausaha Jawatankuasa CPC, Profesor Dr. Ruan Chaoqi dan tiga Dekan Pusat Pengajian.
Kunjungan itu merupakan lawatan balas dari Yunnan Minzu University dan bertujuan untuk membincangkan kerjasama akademik, penyelidikan, kebudayaan dan pengajian bahasa antara pihak USM dan universiti China berkenaan.
Dalam pertemuan antara kedua-dua pihak itu, pihak Yunnan Minzu University menyatakan hasrat untuk melaksanakan kolaborasi yang melibatkan pertukaran pelajar dan pensyarah antara kedua-dua buah universiti pada masa akan datang.
Selain itu, turut dicadangkan oleh pihak Yunnan Minzu University adalah untuk mengadakan kerjasama melalui pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA), yang mana ia diharapkan dapat menjadi landasan yang kukuh bagi kedua-dua pihak untuk bekerjasama secara berkesan dalam mencapai matlamat bersama.
Turut hadir sama adalah Pengarah Pusat Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa (IMCC) Profesor Madya Dr. Muhizam Mustafa; Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Profesor Madya Dr. Goh Sang Seong; Timbalan Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Profesor Madya Dr. Manjet Kaur Mehar Singh, dan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi, Profesor Madya Dr. Yam Mun Fei.
10 pelajar dari Yunnan Minzu University yang sedang mengikut pengajian Bahasa Melayu di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM turut hadir.
Teks: Siti Fatimah Abu Mansor/Foto: Mohd Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 104