AHLI LGU DAN PEMIKIR STRATEGIK BINCANG SENARIO MASA HADAPAN USM
PULAU PINANG, 2 Jun 2015 - Ahli-ahli Lembaga Gabenor Universiti (LGU) bersama-sama pemikir strategik dari dalam kalangan ahli-ahli perniagaan terkemuka yang mempunyai pengalaman luas dengan dipimpin tokoh korporat yang juga ahli LGU Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Arif mengadakan makmal khas di sini hari ini untuk melihat kekuatan USM dan senario masa hadapan yang ingin dibangunkan bersama-sama.
Mereka berkongsi pengalaman bersama-sama beberapa orang dekan dan pemikir strategik muda USM serta kepimpinan tertinggi USM lain termasuk Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman.
Makmal ini adalah susulan Retreat LGU yang diadakan semalam di sini yang turut dihadiri Pengerusi LGU Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan.
"Retreat yang pertama kali diadakan ini penting untuk LGU bersama-sama kepimpinan USM menentukan model pembangunan masa hadapan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - Pendidikan Tinggi," kata Zulkefli. - Teks: Mohamad Abdullah
#MPRC
- Created on .
- Hits: 1011