USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KOR SISPA USM ANJUR PERTANDINGAN IPT CIVIL DEFENCE SKILLS CHALLENGE 2024; UJI KEMAHIRAN FIZIKAL DAN KECEKAPAN MENTAL PESERTA

WhatsApp Image 2024 06 14 at 11.42.37 AM

USM PULAU PINANG, 2 Jun 2024 – Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menganjurkan Pertandingan IPT Civil Defence Skills Challenge Peringkat Kebangsaan 2024 yang melibatkan lapan buah institusi awam dan swasta di Malaysia.

Pertandingan tersebut diadakan untuk memupuk semangat bersatu padu dan kerjasama antara peserta dalam pasukan serta melahirkan keyakinan terhadap kemampuan diri, kemahiran dan pengalaman untuk menguruskan diri dan komuniti dalam pelbagai keadaan.

Hadir bagi merasmikan majlis penutup adalah Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM merangkap Komandan Kor SISPA, USM.

WhatsApp Image 2024 06 14 at 11.47.43 AM

Narimah dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan semua peserta dan pegawai ke Kampus Induk, USM.

Menurutnya lagi, IPT Civil Defence Skills Challenge Peringkat Kebangsaan 2024 merupakan satu kejohanan yang julung kali dianjurkan oleh Kor SISPA USM yang melibatkan penyertaan daripada KOR SISPA dan PISPA di IPTA, IPG dan POLITEKNIK seluruh Malaysia.

“Saya yakin pertandingan ini tidak hanya menguji kemahiran fizikal seseorang, tetapi kecekapan mental, keberanian dan kerjasama juga antara aspek yang turut diambil kira,” jelas beliau lagi.

Narimah mengakhiri ucapannya dengan berharap agar pertandingan seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun mendatang.

“Besarlah harapan saya agar pertandingan seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan dalam skala yang lebih besar.

“Pertandingan ini membuka peluang kepada peserta untuk memperoleh pengalaman berharga, kemahiran kepimpinan dan meluaskan rangkaian sosial serta membina hubungan yang berkekalan,” tambahnya.

WhatsApp Image 2024 06 14 at 11.46.33 AM

Pertandingan yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 14 Mei sehingga 16 Mei 2024 telah menyaksikan Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas menyandang gelaran juara dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 beserta piala.

Manakala, tempat kedua disandang oleh USM dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,200 beserta piala dan tempat ketiga dimenangi oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang menerima wang tunai sebanyak RM800 beserta piala.

Hadir sama adalah Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Pulau Pinang, Yang Setia Kolonel (Pertahanan Awam) Zico Sual; Timbalan Komandan Kor SISPA USM, Kolonel Bersekutu (Pertahanan Awam) Dr. Mohamad Haafiz Mohamad Kaasim; pegawai-pegawai Bersekutu Pertahanan Awam, pegawai-pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pegawai-pegawai utama universiti.

WhatsApp Image 2024 06 14 at 11.45.58 AM

IPT Civil Defence Skills Challenge Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 anjuran Kor Sispa USM itu turut disertai oleh tujuh institusi lain seluruh Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC), Politeknik Kota Bharu dan Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas.

WhatsApp Image 2024 06 14 at 11.48.45 AM

Teks: Siti Fatimah Abu Mansor

  • Created on .
  • Hits: 242

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024