USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA NC UM

WhatsApp Image 2024 06 07 at 12.12.07

USM PULAU PINANG, 7 Jun 2024 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Dato' Seri Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman.

Kunjungan hormat itu adalah satu usaha dalam mengeratkan hubungan sedia ada selain berkongsi manfaat kerjasama antara kedua-dua pihak pada masa akan datang.

Pelbagai perkara lain turut dibincangkan antara kedua-dua Naib Canselor berkaitan pendidikan, penyelidikan, kerjasama dengan industri, libatsama komuniti dan masa hadapan kedua-dua institusi dalam bidang lain yang berkaitan.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohamad Zaidi Jaini

  • Created on .
  • Hits: 179

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024