USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA SUMBANGAN RM97,405 BANTU AKTIVITI PELAJAR

WhatsApp Image 2024 06 06 at 13.48.58

USM PULAU PINANG, 6 Jun 2024 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah menerima Mock Cheque Sumbangan Kad MySiswa yang berjumlah RM97,405 yang merupakan sumbangan kepada aktiviti pelajar yang disalurkan melalui tabung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM untuk pemajuan pelajar.

Penyerahan Mock Cheque telah disampaikan oleh Ketua Pembangunan Perniagaan Runcit Islam, Razali Hj Mohd Noh kepada Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Abdul Rahman mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak RHB atas sumbangan tersebut dan berharap agar sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan tujuan yang baik dan hubungan akrab antara USM-RHB dapat diteruskan.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 182

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024