USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM LANCARKAN MINGGU KELESTARIAN 2024; PELBAGAI PROGRAM DAN AKTIVITI TERSEDIA

WhatsApp Image 2024 06 04 at 19.57.22

PULAU PINANG, 5 Jun 2024 - Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan usaha memupuk kesedaran dan mengenengahkan amalan kelestarian dengan melancarkan Minggu Kelestarian 2024 hari ini.

Program tersebut yang dianjurkan oleh Kampus Sejahtera dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM) dan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) bermula dari 4 – 8 Jun 2024.

Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Azlan Amran bertempat di DK Foyer USM.

Objektif pelaksanaan program tersebut adalah bersempena sambutan Hari Alam Sekitar serta meningkatkan kesedaran tentang kelestarian. Selain itu, ia juga berhasrat menggalakkan usaha pembelajaran dan penyelidikan yang akan mendorong ke arah pembudayaan amalan kelestarian, dan seterusnya menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) seperti yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ruang DK Foyer itu yang juga yang dikenali sebagai ‘Sustainability Street’ akan menjadi lokasi pelbagai pameran dan aktiviti berkaitan kelestarian. Di antara program dan aktiviti yang telah dirancang sepanjang minggu tersebut adalah Pertandingan ‘E-Waste’ dan ‘Minyak Terpakai’, ‘Speaker’s Corner’, Pameran Kelestarian, Pertandingan Video dan Gambar Kelestarian, dan ‘Mini Games’. Ini akan berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Manakala program berkaitan Hari Alam Sekitar pula akan diadakan bermula 5 Jun, dari pukul 2.00 hingga 4.00 petang di kawasan Padang Kawad USM, sekitar USM dan juga di ruang DK Foyer USM.

Pameran ‘Sustainable Future Initiatives Exhibition (SUFIEX) 2.0’ pula akan diadakan pada 8 Jun, bertempat di Padang Kawad, DUP A dan DUP B, USM bermula dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Pelbagai taklimat, pameran, pertandingan serta pemeriksaan komputer riba, di samping pengumpulan e-waste akan dilaksanakan di lokasi-lokasi yang disebutkan di atas.

Marilah bersama-sama turut serta bagi memeriahkan pelbagai aktiviti dan pameran yang telah dirancang.

Teks: Mazlan Hanafi Basharudin

  • Created on .
  • Hits: 290

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024