USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA ANUGERAH TERTINGGI KATEGORI PENGAJIAN TINGGI BAGI PROGRAM PENANAMAN SATU JUTA POKOK DALAM SEHARI DI PULAU PINANG

65eb5732 547f 4a81 b8b8 0f56a4bd6ff5

TELUK BAHANG, 28 Mei 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah menerima Anugerah Tertinggi Kategori Pengajian Tinggi bagi Program Penanaman Satu Juta Pokok dalam Sehari di Pulau Pinang.

Program Penanaman Satu Juta Pokok dalam Sehari di Pulau Pinang anjuran Yayasan Amal TYT telah diadakan pada 22 April yang lalu, yang mana sebanyak 8,500 pokok telah ditanam di ketiga-tiga kampus USM dengan penglibatan seramai 1,000 sukarelawan dalam kalangan staf dan pelajar USM di Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan IPPT Bertam.

Berlangsung di Bahang Bay Hotel, Teluk Bahang, hadir bagi menerima anugerah yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak ialah Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Profesor Dr. Azlan Amran,

Azlan berkata, “Saya bagi pihak Universiti ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Amal TYT dan Kerajaan Negeri atas pengiktirafan terhadap USM ini.”

8ed13321 9adb 4ac8 93f3 f1f13671a304

“Kejayaan ini merupakan hasil sokongan daripada Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dan pengurusan tinggi Universiti, serta kerjasama seluruh warga USM termasuk staf dan pelajar yang menyumbang tenaga dalam program ini. Terima kasih semua warga USM,” katanya.

42fd2713 ec5b 4fd5 867e 4c88e400126c

Dalam pada itu, Timbalan Penyelaras Kampus Sejahtera USM, Ahmad Wafi Sahedan turut berkata, “Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat Pegawai Kelestarian, sukarelawan staf dan sukarelawan pelajar. Selain itu sokongan kepimpinan universiti terhadap program ini juga menjadi salah satu penyumbang besar kejayaan ini.”

0e12a14b 59de 4d78 af57 7cb8e279cfa3

  • Created on .
  • Hits: 273

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024